Wednesday, February 2, 2011

The Black Box

Salam semua,

Dah lama aku tak update blog ni. Agak sibuk dua tiga hari ni. Sibuk die lain macam sikit sebab cam dah orang bekerja tahap sibuk. Cuma bezanye kita ada masa sendiri untuk urus semua benda. Last week ada kelas research methodology. Tiga hari berturut2 dan seriously sangat2 penat pas abis kelas tu. Yang bestnye dapat jumpa ramai PG student dari pelbagai macam latar belakang n mostly aku boleh wat kawan dengan ex-utpian yang lain. Mungkin kami bercakap dalam "bahasa" yang sama, so agak senang la. Pastu dapat jumpa Mr Ng dari Penang.

Dia ni kira OKU jugak sebab jatuh dalam kategori orang kerdil. Tapi aku sangat kagum dengan kesungguhan die untuk sambung belajar dalam MSc in Civil Engineering. Tak ramai orang normal macam aku ni yang sanggup sambung belajar macam Mr Ng. Rasa kesian pun ada jugak kat die tapi aku tak nampak pon die rasa terpencil pon dikalangan orang2 normal. Yang paling best aku dapat la merasa masuk kereta khas untuk orang OKU. Dia guna kereta Suzuki Swift dan kalau kereta biasa, pedal minyak ngan brek agak jauh untuk golongan kerdil. So, die wat adjustment yang pedal tu dinaikkan sedikit ke atas dan itu nampak sangat cool jugak la.

Tu cerita tentang manusia2 di kelas Research Methodology. Actually sepatutnye aku kena attend kelas ni untuk semester lepas tapi since aku register lambat, so tak sempat la gayanye. Banyak la aku belajar mengenai kaedah2 research untuk student master dan phd. Yang paling aku fokus semasa kelas Modelling and Simulation dan Research Management. Banyak jugak la yang outcome yang aku rasa berguna especially untuk Research Management. Sebabnye aku rasa aku agak buang masa untuk first 3 months kat sini dan tak plan project research ni elok2. Tapi takpela, at least tersedar jugak. Nak wat macam mana. Janji aku tersedar la dari lamunan yang tak habis2.

Sekarang aku rasa cam terarah sedikit untuk kerja2 research project ni. Dulu asyik bertukar tajuk je la setiap kali jumpa SV tapi sekarang ni ada benda la yang nak wat. Analogi die macam kita nak menuju sesuatu tempat. Sebelum kita pergi, kita kena tau tempat die kat mana, macam mana nk ke sana, nak guna jalan jauh ke jalan singkat, berapa lama nk sampai sana dan sebagainye. Kena detail dan precise. Sekarang ni target dah ada, iaitu untuk wat modelling untuk heat exchanger. Cuma sekarang die masih samar2 lagi la mengenai pemahaman aku terhadap project ni. Dengan kata lain, ibarat black box (kotak hitam), ramai lagi yang tak discover mechanism untuk heat transfer dalam SWHE. Agak detail untuk pemahaman orang biasa tapi korang cuba2 la faham ye.

Mungkin inilah dugaan paling besar la aku rasa. Nak setelkan benda ni within 6 months. Tambah lagi kerja nk wat proposal untuk mintak grant project then wat paper untuk conference. Tak campur lagi kerja2 admin yang ntahpape dan kerja GA. Oh ya, aku dah jadi GA untuk subject Engineering Graphic (EG) untuk student Cheme dan PE. Menarik jugak walaupun aku tak mintak pon subject ni sebab awal2 dlu mintak under subject Gas Processing Engineering. Kena bukak buku balik la dan kena selalu main2 dengan AutoCAD ni.

Aku pon rasa makin selesa jugak la jadi cikgu tuition untuk part time. Dulu cam kekok sikit sebab cam cuak2 je nak mengajar. Tapi sekarang alhamdulillah la boleh. Aku sangat suka bila benda yang aku ajarkan tu dapat difahami oleh anak murid aku. Selalu je la dak2 ni akan tanya macam2 soalana, contohnye "Cikgu2, macam mana nak kaitkan Collision Theory dengan Rate of Reaction?" Haha..sangat comel. Aku pun cuba untuk improve kelas aku setiap minggu so that aku lagi bersedia untuk mengajar student aku. Aku selalu berdoa supaya student2 aku berjaya dalam SPM, insyallah.

So, as a conclusion, aku boleh la iktiraf diri aku sebagai "Researcher" instead of "PG student" sebab aku rasa bila kita cakap psl kerja, die mesti melibatkan komitmen, dan inilah komitmen aku untuk masa sekarang. Tambah lagi kerja sebagai GA dan cikgu tuition. Semoga Allah bagi kemudahan untuk aku berjaya dalam karier ini. Amin.