Tuesday, December 28, 2010

A Long Way To Go

Salam semua,

Suasana sekarang ni agak sunyi di UTP. Budak2 UTP ramai yang tak balik lagi. Aku sebenarnye agak banyak kerja (banyak ke?) especially aktiviti membaca. Sekarang ni aku kena cari info yg boleh tahan byk la utk Spiral Wound Heat Exchanger (SWHE) dan principle of heat transfer dalam SWHE ni. Dalam bahasa mudahnye, aku kena cari seberapa banyak information yang berterabur di dunia maya, buku dan dari sumber2 yang sepatutnye. Hmm..tak susah sebenarnye cuma kena cari dan terus mencari information sources yang sesuai lagi tepat yang boleh tolong aku untuk kerja ni.

Kerja master ni cabaran besarnye ialah: takde sapa2 yang akan push kita untuk wat kerja. No such thing macam progress report atau buat poster ke (walaupun sepatutnye kena ada jugak la). So driving force die takde la sangat. Cuma kena buat2 bz la ngan kerja ni. Agak la susah especially kalau workstation aku adalah dalam bilik aku sendiri. Tenghari je mesti nk sambung tido. Mungkin aku kena request untuk dpt proper workstation kat PG office so that aku lebih concentrate ngan keje aku. Progress work utk master aku sekarang ni baru je nk bermula, tak boleh nak predict apa yang akan jadi untuk 6 bulan dari sekarang. Yang pasti, untuk first and second months ni, aku kena pulun giler2 untuk cari information pasal SWHE, modelling guna HYSYS dan MATLAB dan heat transfer principles. Pastu, untuk 3rd dan 4th months, aku akan start buat modelling guna computer dan untuk 5th dan 6th months, aku dah kena mula analysis dan paper writing. Huhu..banyak jugak keje nak kena wat tapi masih lagi slow.

Itu la bezanya antara master dan degree program. Degree program aku rasa agak senang sebabnye coursework kita masih lagi bergantung kepada result examination. Maksudnye, kalau ko lepas dgn cemerlang untuk final exam, maka ko dah kira mantap dalam degree yg ko amek. Dan realitinye, kebanyakan soalan final exam pon masih lagi diambil dari soalan2 tutorial which is benda yang ko dah expect kot. Kurang la cabaranye kat situ kecuali utp ni wat soalan yang memang susah tahap gaban untuk student. Tapi the bottom line is, tu bergantung kepada pandangan setiap individu terhadap education ni.

Bagi aku, selama aku dah habis tahun di UTP, aku mula appreciate knowledge yang aku belajar bukan hanya semata2 utk final exam sahaja. Ilmu engineering ni aku rasakan sangat unik dan kalau orang dapat appreciate benda ni bukan hanya stakat untuk final exam, diorang akan tahu peranan diorang sebagai engineer ni lebih kurang macam medical doctor, berkhidmat untuk masyarakat. Itu la target aku untuk kerjaya engineering ni. Duit tu mungkin satu hal la, tapi sumbangan kita kepada masyarakat. Sejauh mana kita gunakan ilmu ni untuk berbakti kepada masyarakat, itu la persoalannya. Dan aku selalu berdoa semoga Allah bagi aku kekuatan untuk aku terus bertahan dengan pilihan aku ini walaupun pelbagai dugaan dan tarikan yang lebih menarik.

Dan itulah sebabnye jugak aku berada di UTP lagi ni. Insyallah, selepas aku habis master ini, aku akan plan untuk berkerja sebagai lecturer. Tapi sebelum tu, kalau boleh aku nak mintak kerja yang sesuai so that aku ada industrial experience before jadi lecturer. Mungkin untuk setahun dua. Tapi itu semua perancang kita. Sebaik2 perancangan, perancangan Allah la yang paling terbaik. Aku berharap inilah yang terbaik untuk diriku, insyallah.

Cukup la tu ye. Next time aku sambung lagi. Insyallah.

Monday, December 20, 2010

Kerja part time

Salam,

Minggu ni aku post lambat sedikit blog ini. Keje tak banyak, tapi urusan-urusan bukan kerja (non-related jobs) yang banyak especially masa balik ke Kuala Lumpur minggu lepas. Jadi driver diraja (pergi Open University, pergi KLIA) adalah salah satu kerja yang biasa aku buat. Tak glamer pon, tapi kerja tu kena bawak keta selalu la.

Anyway, aku sekarang dah ada kerja part time yang menarik jugak la. Menjadi seorang guru tuisyen di Sri Iskandar. Dapat kerja ni pon pas terjumpa flyer pusat tuisyen dalam surat kabar. Attend interview dengan kebanyakkan cikgu2 yang dah biasa mengajar. Alhamdullilah, dapat mengajar subjek Chemistry atau nama melayunye Kimia untuk pelajar Form 4 and Form5. Terus terang, elaun atau gaji yang dapat takde la seberapa banyak tapi aku dah mula suka ngan kerja2 mengajar ni.

Dulu, sebelum masuk UTP pon, aku ada jugak terfikir nak jadi cikgu. Ye, cikgu yang mengajar subjek matematik atau sejarah. Tapi mungkin disebabkan kerjaya guru ni mungkin tak banyak income (mintak maaf cikgu2), aku terpaksa la melupakan cita2 jadi guru. So jadi la aku sekarang engineer cum researcher. Tapi aku rasa kerjaya ni la yang paling seronok. Seronok bila apa yang kita ajarkan atau sampaikan dapat difahami murid-murid. Kerjaya cikgu ni bukan sekadar untuk datang kelas, mengajar pastu balik, tapi diorang ni sebenarnye ikon kepada pelajar2. Pelajar2 akan belajar secara tidak langsung tabiat dan tingkah laku seseorang guru tu. Kerjaya ni bagi aku sangat mulia walaupun gaji tak seberapa kerana guru ni la yang menentukan masa depan pelajar2.

So, last week aku dah start mengajar. First time datang mengajar memang cuak. Yang cuaknye sebab aku sendiri kena bukak buku balik Kimia. Dah lama dah aku tinggalkn buku Kimia SPM, selalu sangat menghadap ilmu2 oil and gas, process plant. Sampai terlupa keje research aku ni. Dak2 ni pandai2 belaka, so mmg susah nk mengajar diorg. Tapi aku akan berusaha utk bagi diorg faham dan yg paling penting appreciate apa yg aku ajar. Belajar ni bukan setakat untuk lulus SPM je tp untuk berjaya dalam hidup jugak. All the best utk anak2 murid aku..hehe.

Ok la, tu je la utk kali ini. Bye2

Saturday, December 11, 2010

Berhijrah

Salam semua,

Minggu lepas umat Islam baru meraikan Maal Hijrah atau lebih dikenali sebagai Awal Muharram. Tahun lepas 1431 Hijriah, sekarang da 1432 Hijriah. Susahnye la nk ingat tahun hijrah berbanding tahun masihi. Haih. Walaupun kadang2 (bukan kadang2 da, selalu) lupa tarikh hijrah, tapi orang Islam ramai yg tak sedar kita memerlukan kalendar hijrah utk pelbagai aktiviti. Contoh paling dekat, utk Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Kesian..selalu je dilupakan. Tapi takpe, pas ni aku dah xde excuse utk lupa yg tahun ni adalah 1432 hijriah.

Actually, aku taknak crite sgt tentang Hijrah ni sbb semua org ramai yg da selalu dengar pasal Hijrah. Tapi personally utk diri aku, hijrah ni macam kita tukar rumah baru la. Kalau kita dah berada di rumah lama (macam aku di Kuala Lumpur), semua benda kita da tau dah. Nak gi pasar, ada pasar pagi kat Jalan Mewah. Nak gi shopping, ada Tesco Cheras ngan JJ Taman Maluri. Semuanye kita da terbiasa, lali dan mungkin jugak da naik jemu kot.

Tapi once kita berpindah ke tempat lain, macam aku sebelum ni ke Bintulu, kita kena start balik dari kosong (zero). Aku ingat lagi masa pindah ke Bintulu tahun 2001, memang la janggal giler. Sebab da terlalu biasa ngan kemudahan di Kuala Lumpur, aku rasa sangat3 bosan bila tinggal di Bintulu. Nak kena sesuaikn diri ngan budaya org Sarawak, nk kena buat kawan baru, nak kena kenal org2 sekeliling. Memang sangat payah apatah lagi budaya org semenanjung memang lain abis berbanding orang Sarawak. Kami ambil masa dalam setahun baru la dapat biasakan diri dengan suasana di Kidurong, Bintulu. Kami tinggal di sana hampir lima tahun (4 tahun utk aku sebab balik ke semenanjung selepas abis SPM) tapi personally, aku dah belajar byk benda.

Kalau aku masih lagi di KL. aku masih lagi ditakuk lama la especially pasal education. Bukan KL tak bagus berbanding dgn Sarawak dari segi pendidikan(malah lagi baik), tapi at least di Bintulu dapat belajar tuition dgn Cikgu Nurul. Ada la improvement sikit dalam belajar. Lepas tu, exposure di sana dgn budaya org bandar tak kuat berbanding di KL. Maka, aku pon kurang la terdedah dengan perkara2 tak elok utk golongan2 remaja (korang boleh pk la sendiri ye). Lepas dapat result baik utk PMR, aku decide utk ke sekolah asrama, so masuk la ke Sekolah Menengah Sains Miri. Berhijrah jugak tu sbb aku dpt belajar hidup berdikari. Asbab aku sekolah disitu, aku dipermudahkan utk sambung belajar di UTP dan sekarang masih lagi di sini utk sambung master program.

Actually, apa yg aku nk cuba sampaikan disini ialah dalam sesuatu perkara yg kita memang tak pasti samaada berjaya atau tak, samada bahagia atau tak, itu adalah pelajaran terbaik untuk kita. Memang, mungkin kali pertama kita rasa sangat tak suka atau benci dengan perkara tu sebab kita dah dibiasakan dalam comfort zone kita sekarang ini. Kita da terlalu dimanjakan dengan perkara yg kita dah biasa, sampaikan kita terlena mana hala tuju kita sbnrnye. Hingga apabila sampai satu masa kita kena atau wajib berubah, kita masih lagi terkial2 utk kejar perkara itu. Dengan kata lain, perkara2 yg tak pasti (uncertainty) wajib ada dan memang banyak ujian, dugaan, cabaran etc dan fungsi kita adalah melaksanakannye bersungguh2. Kita cuma perlu buat sebaik mungkin dan tawakkal dengan Allah semoga perkara itu adalah yg terbaik untuk kita. Dan yang palin penting pengajaran dan benefit yg kita perolehi dari perjalanan ujian itu.

Aku tulis entri ini pon bukan utk org lain, tetapi utk diri aku jugak. Aku da terlalu biasa dlm comfort zone sehingga bila keadaan yg wajib ditempuh, aku masih lagi terkial2. Huhu..aku manusia biasa juga, tak dpt lari dengan kebiasaan itu. Contoh paling terdekat ialah future selepas habis graduate. Semua org akan mencari kerja, aku pon sama juga tetapi apa yg membezakannye ialah masing2 punya matlamat dan cita2 yg berbeza. Agak la culture shock bila dalam situasi ini. Harapnye aku ada kekuatan utk laluinye dengan sabar.

Now, aku di bumi UTP semula. Mungkin tak berhijrah secara fizikal (ke tempat lain) tapi berhijrah dari segi emotional dan spiritual. Aku datang bukan stakat utk dapat extra scroll dalam MSc in Chemical Engineering semata2,tapi belajar tentang ilmu hidup yg insyallah, boleh mematangkn diriku dan memberi kekuatan survival utk ujian hidup. Mungkin agak bosan, tapi aku tak boleh jadi mangsa keadaan sekali lagi. Seboleh2nye cari advantage sementara aku masih di sini.

Oh, lagi satu. Aku baru je present last week. Tak lama la presentation dan feedback dari lecturer2 sangat membantu aku. Terima kasih banyak2 kepada mereka. Insyallah, lepas aku berjaya siapkn paper symposium dan presentation ini , aku da dikira sudah satu semester. Insyallah, jika diizinkn, dapat dihabiskan master ini pada ujung tahun 2011. Insyallah :)

Friday, December 3, 2010

Penyesalan

Salam,

Kenapa aku pilih title "penyesalan"? Hmm..masa balik dr berjogging pagi2 kat tasik utp, aku teringat pulak kisah aku pernah keje selama tiga hari (3 hari) saja kat sebuah syarikat di Sri Kembangan (xnk mention nama. Nnt jd isu pulak). Kerja tiga hari je??

Ye, keje hanya utk tiga hari sahaja. Menarik kan? Kenapa tiga hari je? Actually terdpt mcm2 faktor yg wat aku blah dr keje sbg "design and proposal engineer". First, gaji yg sangat kecik klu nk dibandingkn ngan field2 engineering. X setimpal langsung ngan life kat KL (wpon aku org KL). At least bagi la 2k ke atas ke. X setimpal ngan keje aku dok menghadap computer, design equipment pelik2. Tu satu alasan.

Alasan yg paling mantap sbbnye environment kat situ mmg mcm x mesra langsung. Sume org wat hal sendiri. Nama pon company wat design kan. So kebykannye menghdp dpn pc sambil wat calculation pelik2 utk design column, heat exchanger, reactor etc2. Utk newcomer mcm aku agak shock jugak la dgn situasi tu. Dan lg satu, diorg x bagi proper training kot utk freshie (lebih2 lg utk aku selaku dak cheme, bukan meche). Hari kedua je dah bg keje utk kira2 total weight skid utk platform. Pejadah nye bg keje x explain cara nk wat.

Tp masa keje kat company tu, ada sorang akak ni la. Nama die Hanani. Position die bukan engineer, tp sebagai draftsman. Alaa..org yg lukis2 tu. Die baik gak la ngan aku. Plus ada brader kelantan yg aku x sure nama die apa (Kasri rsanye). Diorg ni la yg aku kenal masa kat company tu. Wpon hanya kenal tiga hari, diorg byk gak la sembang ngan aku. Time tu pon keje soh baca2 diorg nye quality handbook. Tp start hari kedua tu, aku da rasa lain mcm je la. Di antara engineer ngan draftsman ni pon mcm x ngam je. Ada conflict la.

Pastu, masuk hari ketiga, aku ckp la kat akak tu psl keje aku ni. X best la tp kena tahan jugak. Tetiba lak akak tu boleh bgtau, "Ko nk keje biarlah benda yg kita suka, bukan benda yg kita taknak wat"..Start dari situ, aku terpikir utk kuar dr company tu. Plus, aku pon x sign lagi apa2 contract dgn diorg. Keje mcm tu je la. Hari tu pulak ada meeting. Mmg tambah serabut la aku. Last2 aku wat decision yg berani mati gak la. Resign.

Slow talk sikit ngan org HR die. Die pon fhm situasi aku dan die xde kuasa nk halang aku dr berhenti keje. So petang tu, dgn xde leaving ceremony, aku blah mcm tu je dr company tu. X bgtau pape pon kat bos aku yg dok sebelah meja aku..huhu.

Agak perit gak la utk aku resign wpon time tu dak batch aku ramai je yg x dpt keje lg. Susah nk ckp, tp tu la hakikatnye. Aku yg salah ke atau company tu yg salah. Hmm..bila aku blah dr company tu, mmg byk gak la aku maki psl company tu. Ni la, tu la..mcm2 je la benda yg x puas hati. Tp bila dah empat bulan aku blah dr situ, baru la aku faham yg problemnye bukan kat company tu je tp kat diri aku sendiri.

Ye..baru skrg aku admit benda tu salah aku. Terus terang aku ni org yg degil dan x penah mengalah. Sume benda nk aku yg betul. Tapi bila pikir2 balik, menyesalnye x sudah. Kenapa la aku x appreciate keje yg aku dpt tu? Kenapa la aku x bersyukur lnsng bilamana dak2 lain ada lg yg x dpt keje? Hmmm..tu la manusia. Mmg sentiasa dlm keluh kesah. Masa balik dr jogging tu, aku terpk la kenapa aku x stay je kat situ lama sikit..at least ada la dpt experience yg berguna gak. Aku terlalu nk ikutkn matlamat hidup sgt sampai kdg2 benda di depan mata ni lansgung x appreciate. Tu mmg satu yg aku blaja. Jgn ambil mudah dalam satu2 decision tp jgn pulak terlalu takut wat decision. Byk lagi pengajaran yg aku dpt. Pasni klu nk cari keje, pilih la keje yg at least yg "menjentik" minat kita dan environ yg sesuai. Tp tu wat sebab je. Yg penting diri kita ni kena mantap. Campak la kat mana2 pon, kita kena appreciate apa yg ada depan mata kita. Jgn terlalu ikutkn hati sampai lupa benda sekeliling.

So, skrg aku da balik semula ke tempat yg lima tahun da aku menimba ilmu. Ye..bumi UTP yg tercinta. Insyallah, aku cuba (dan masih cuba lagi) utk memotivasikan diri aku di sini. Cukup la benda yg aku penah wat sebelum. Harapnye Allah dpt membantu aku tunjukkan jalan yg terbaik utk semua masalah. Tak boleh nk menyesal lg. Appreciate apa yg ada. Syukur apa yg ada.

Sekian.

Wednesday, December 1, 2010

Refurbish

Salam,

Seriously blog ni da lama x berupdate. Last update bulan 3 (masa final year final sem). Alasan yg paling tepat utk tidak update adalah kerana sangat bz. Ye..manusia yg x abis2 dgn bizinya.

Oleh itu, utk ujung bulan 2010 ni, blog ni akan dibaik pulih dan insyallah akan selalu diupdate. Lagi satu, kata ganti nama "saya" mungkin ditukar jadi "aku". Ye, nampak lg kurang manis klu sembang ayat aku, kau dgn org2 tua tp dlm blog ni better la guna "aku". Perkataan "saya" mungkin jugak digunakan, tp x banyak la.

Anyway, korang mesti pelik apsal aku tetiba je update blog yg dah bersawang ni. Aku ingat benda ni tinggal tunggu mati je. Rasanye baik la "dihidupkan" semula blog ini kerana sumehow die jadi some sort of mini diari utk aku lepaskn masalah aku. Hopefully, korang yg baca pon boleh la tolong2 ye.

Content utk blog ni, mmm...mungkin pelbagai lagi la tp better berkenaan dgn yg aku faham.

Ok la, penat nk update. Insyallah, aku akan update selalu benda ni. Percayala :)

Chow Cin Cau