Saturday, December 11, 2010

Berhijrah

Salam semua,

Minggu lepas umat Islam baru meraikan Maal Hijrah atau lebih dikenali sebagai Awal Muharram. Tahun lepas 1431 Hijriah, sekarang da 1432 Hijriah. Susahnye la nk ingat tahun hijrah berbanding tahun masihi. Haih. Walaupun kadang2 (bukan kadang2 da, selalu) lupa tarikh hijrah, tapi orang Islam ramai yg tak sedar kita memerlukan kalendar hijrah utk pelbagai aktiviti. Contoh paling dekat, utk Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Kesian..selalu je dilupakan. Tapi takpe, pas ni aku dah xde excuse utk lupa yg tahun ni adalah 1432 hijriah.

Actually, aku taknak crite sgt tentang Hijrah ni sbb semua org ramai yg da selalu dengar pasal Hijrah. Tapi personally utk diri aku, hijrah ni macam kita tukar rumah baru la. Kalau kita dah berada di rumah lama (macam aku di Kuala Lumpur), semua benda kita da tau dah. Nak gi pasar, ada pasar pagi kat Jalan Mewah. Nak gi shopping, ada Tesco Cheras ngan JJ Taman Maluri. Semuanye kita da terbiasa, lali dan mungkin jugak da naik jemu kot.

Tapi once kita berpindah ke tempat lain, macam aku sebelum ni ke Bintulu, kita kena start balik dari kosong (zero). Aku ingat lagi masa pindah ke Bintulu tahun 2001, memang la janggal giler. Sebab da terlalu biasa ngan kemudahan di Kuala Lumpur, aku rasa sangat3 bosan bila tinggal di Bintulu. Nak kena sesuaikn diri ngan budaya org Sarawak, nk kena buat kawan baru, nak kena kenal org2 sekeliling. Memang sangat payah apatah lagi budaya org semenanjung memang lain abis berbanding orang Sarawak. Kami ambil masa dalam setahun baru la dapat biasakan diri dengan suasana di Kidurong, Bintulu. Kami tinggal di sana hampir lima tahun (4 tahun utk aku sebab balik ke semenanjung selepas abis SPM) tapi personally, aku dah belajar byk benda.

Kalau aku masih lagi di KL. aku masih lagi ditakuk lama la especially pasal education. Bukan KL tak bagus berbanding dgn Sarawak dari segi pendidikan(malah lagi baik), tapi at least di Bintulu dapat belajar tuition dgn Cikgu Nurul. Ada la improvement sikit dalam belajar. Lepas tu, exposure di sana dgn budaya org bandar tak kuat berbanding di KL. Maka, aku pon kurang la terdedah dengan perkara2 tak elok utk golongan2 remaja (korang boleh pk la sendiri ye). Lepas dapat result baik utk PMR, aku decide utk ke sekolah asrama, so masuk la ke Sekolah Menengah Sains Miri. Berhijrah jugak tu sbb aku dpt belajar hidup berdikari. Asbab aku sekolah disitu, aku dipermudahkan utk sambung belajar di UTP dan sekarang masih lagi di sini utk sambung master program.

Actually, apa yg aku nk cuba sampaikan disini ialah dalam sesuatu perkara yg kita memang tak pasti samaada berjaya atau tak, samada bahagia atau tak, itu adalah pelajaran terbaik untuk kita. Memang, mungkin kali pertama kita rasa sangat tak suka atau benci dengan perkara tu sebab kita dah dibiasakan dalam comfort zone kita sekarang ini. Kita da terlalu dimanjakan dengan perkara yg kita dah biasa, sampaikan kita terlena mana hala tuju kita sbnrnye. Hingga apabila sampai satu masa kita kena atau wajib berubah, kita masih lagi terkial2 utk kejar perkara itu. Dengan kata lain, perkara2 yg tak pasti (uncertainty) wajib ada dan memang banyak ujian, dugaan, cabaran etc dan fungsi kita adalah melaksanakannye bersungguh2. Kita cuma perlu buat sebaik mungkin dan tawakkal dengan Allah semoga perkara itu adalah yg terbaik untuk kita. Dan yang palin penting pengajaran dan benefit yg kita perolehi dari perjalanan ujian itu.

Aku tulis entri ini pon bukan utk org lain, tetapi utk diri aku jugak. Aku da terlalu biasa dlm comfort zone sehingga bila keadaan yg wajib ditempuh, aku masih lagi terkial2. Huhu..aku manusia biasa juga, tak dpt lari dengan kebiasaan itu. Contoh paling terdekat ialah future selepas habis graduate. Semua org akan mencari kerja, aku pon sama juga tetapi apa yg membezakannye ialah masing2 punya matlamat dan cita2 yg berbeza. Agak la culture shock bila dalam situasi ini. Harapnye aku ada kekuatan utk laluinye dengan sabar.

Now, aku di bumi UTP semula. Mungkin tak berhijrah secara fizikal (ke tempat lain) tapi berhijrah dari segi emotional dan spiritual. Aku datang bukan stakat utk dapat extra scroll dalam MSc in Chemical Engineering semata2,tapi belajar tentang ilmu hidup yg insyallah, boleh mematangkn diriku dan memberi kekuatan survival utk ujian hidup. Mungkin agak bosan, tapi aku tak boleh jadi mangsa keadaan sekali lagi. Seboleh2nye cari advantage sementara aku masih di sini.

Oh, lagi satu. Aku baru je present last week. Tak lama la presentation dan feedback dari lecturer2 sangat membantu aku. Terima kasih banyak2 kepada mereka. Insyallah, lepas aku berjaya siapkn paper symposium dan presentation ini , aku da dikira sudah satu semester. Insyallah, jika diizinkn, dapat dihabiskan master ini pada ujung tahun 2011. Insyallah :)

No comments:

Post a Comment