Sunday, October 16, 2011

Convo UTP 2011

Salam,

Ni adalah edisi khas utk kali ini..sembang sikit pasal convo UTP kali ke-11. Tahun lepas, aku dah graduated utk convo ke-10. Rasa menarik jugak convo tahun ni berbanding tahun lepas. Yang pertama, convo ni aku plak yang jadi penonton..Tahun lepas mmg jadi 'raja sehari' la..haha. Bape byk shot gambar amek pon aku tak tau..Tapi tu pon aku tak rasa enjoy sangat sebab time tu serabut baru register master. Yang kedua, convo tahun ni marks aku da berada setahun di bumi UTP untuk sambung belajar..Rasa kejap je wat master ni. Terlalu banyak pahit manis masa wat master ni.

Seriously, bila aku attend convo tahun ni, berkobar2 rasa aku nak abiskan master ni tahun depan. Betapa bestnye bila kita pakai silver robe, menunjukkan level Master in Science Chemical Engineering! Insyallah aku akan sampai level tu nanti..Tapi untuk sampai tahap tu, aku kena byk usaha lagi, kena rajin lagi dan yg paling penting kena main strategi yang betul..Mcm Sun Tzu ckp la, life ni macam medan perang. Kita menang bukan sebab kekuatan kita tapi kecerdikan kita ambil peluang untuk capai target iaitu kemenangan.

Tapi kadang2 aku terpikir jgk la sempat ke sampai ke destinasi yg dituju tu? Iye la..terpikir jugak pasal mati. Seriously, semua orang akan mati. Bila, di mana dan macam mana semua kita tak tahu..Ntah la, harapnye Allah panjangkn umur aku untuk sampai ke target yg aku tuju..Kalau ditakdirkan tak sempat, aku harap apa yang aku capai ni dibawa sebagai amal aku..Cukup la hidup ni untuk beribadah kepada Allah, xde sebab yang lain. Tapi setiap hari yang diberi, aku akan hargai sebaik2nye..Rancanglah hidup seolah2 ini lah hari terakhir kita di dunia ni.

Ok la..entri ni agak serius jgk tp untuk peringatan semua jgk. So enjoy it and absorb it. Bye2.

No comments:

Post a Comment