Wednesday, November 13, 2013

November 2013

Salam sayang utk semua org,

Sudah masuk bulan November 2013 skrg ni, to be specific hari ni ialah 13hb November 2013. Sehari dua ni memang tak buat pape pon, dok rumah je memanjang. Rumah baru kat Jenderam Hilir ni, merangkap "kampung" la utk aku selaku budak bandar ni. Actually dok kat sini takde la teruk sangat sbnrnye. Yg pertama, tempat ni dekat je ngan KL, dlm stgh jam mcm tu utk ke Bandar Tun Razak. Pastu dekat plak dengan Putrajaya (boleh gi Alamanda klu nk shopping2). Kedua, kat sini memang aman, takde nye bunyi kereta, motor macam kat rumah KL skrg ni. Memang bagus la utk mak abah aku. Diorang pon dapat la spend masa nk gi ngaji, join aktiviti kampung ni dan wat networking ngan orang kat sini.

Dalam masa 2 minggu lepas, aku rsa byk keje angkat barang je la. Angkat barang pindah barang dari rumah BTR, ke Jenderam, pastu ke rumah kondo kat Tasik Permaisuri, then ke rumah Taman Mewah..adoi la. Memang tough la wat keje2 gini. Tapi lama2 tak bagus jgk la sbb effect pinggang ngan kaki ni. Adeh la..Tp aku cuba buat la mana yg mampu. Siapa lagi nk wat keje klu bukan anak lelaki. Yang lain2 sume bizi belaka, so redha je la wat keje gini.

3 minggu lepas baru je abis convo master aku..Pergh, mmg terharu la sebab dpt naik lagi stage utk amek scroll, dapat la "junjung topi" lagi..hehe. Tapi takde la sama macam masa degree dulu. Yang grad master ngan PhD tahun ni sikit je..tapi ada la beberapa orang yang aku kenal grad skali. Alhamdulilah, semua ni kurnia Allah Taala. Aku rasa kalau tak sebab bantuan Allah, mustahil nak siap master ni. Aku masih ingat lagi bila aku sangkut nak verify correlation utk kira heat transfer coefficient. Da kira banyak kali, masih lagi silap. Aku cuba nasib dengan email writer journal tu which is Norwegian lecturer. Alhamudlilah, dia reply dan diorang sendiri akui memang ada silap dalam paper tu. So dapat la aku solve problem tu dengan jayanya.

Pastu, saat yang paling genting bila aku struggle nak hantar corrected thesis sebelum senat meeting September tahun ni. Aku da ikhtiar siapkan benda tu selama 2 bulan lebih lepas aku berhenti kerja kat Johor sebelum ni. Tinggal lagi 2 hari je untuk aku setelkan benda tu.Memang rasa takleh nk idup la sebab struggle dan rushing nk wat printing, wat proof reading sendiri, check content ngan reference dan sebagainya. Memang mati akal aku rsenye utk siapkan on time. Aku kena push jugak utk siapkn before senate meeting sebab diorang la yang akan approve nama utk masuk ke dalam list convo nnt.

Nak dijadikan cerita, sebelum raya puasa bulan Ogos, satu family aku kena beraya (yes, actually terpaksa la sbnrnye) kat Morocco. Sebelum ni, ktorg planning nk beraya kat Egypt sebab Along n family semua ada kat sana tapi takdir Allah, negara depa ni bergolak pulak. So, tak selamat la nk gi sana. Utk elakkan tiket flight tu burn macam tu je, so kena la pilih destinasi lain. The only option that we had was to Morocco. Sebenarnye memang berat hati nk gi, walaupon tu kira bercuti sebenarnye sebab thesis aku tak siap abis lagi. Tp it was a best trip that I had! Dalam susah hati tu, rasa enjoy jugak la beraya kat tempat orang. Balik dari Morocco tu pon still tak siap jgk thesis sebab kena demam. Memang cam takde harapan la nk siapkn thesis on time masa tu.

Tapi takdir Allah memang unik sbnrnye. Hikmah aku gi ke Morocco dan demam dekat 2 minggu tu yang bantu aku siapkn thesis sbenrnye. Lepas da siap corrected thesis, aku bagi kat examiner. Memang debar la sebab dia boleh cakap kena wat correction lagi. It turned out that the examiner just simply signed and approved the thesis without looking at single page of my thesis! Sebabnya dia da takde masa nk check thesis tu since senat meeting lagi tinggal 4 hari lagi. Memang tak sangka la bantuan Allah sebegitu rupa sebenarnye. Hari tu jugak aku mintak sign semua orang, then hantar terus thesis kat CGS dua hari kemudian (lepas wat printing ngan binding thesis).

Peristiwa tu memang banyak bagi pengajaran kat aku sebenarnye. Dalam life ni, kadang2 kita memang da abis give-up la, sampai satu masa kita da tak tau nk mintak tolong siapa lagi. Tapi Allah tunjukkan hikmah, dalam kesusahan tu insyallah ada jalan penyelesaian. Aku akui, sampai sekarang pon, memang susah utk aku positivekan diri bila hadapi masalah hidup. Tapi dalam masa yg sama, aku tak pernah putus harapan dengan Allah sebab dengan kuasa dan iradat Nya, apa yang kita pinta dalam setiap doa tu, Dia Maha Tahu. Benar la ayat Allah dalam Al Quran (tak ingat ayat kat surah pe), Allah ni sangat dekat dengan kita, malah lagi dekat dari urat marih. So utk sapa2 yg baca blog aku ni, nasihat aku: there will be always a rainbow after the storm. Yakin la dengan bantuan-Nya.

Ok la, penat da membebel ni. Actually dua hari lepas gi interview keje kat Shah Alam, tapi nampak gayanya macam tak dapat je..macam takde harapan la..haha. Tengah tunggu satu lagi offer kat company omputeh US ni. Kalau de rezeki, insyallah tu la tempat aku pasni..hehe.

Ok la..selamat semuanya. Bye2.

No comments:

Post a Comment