Friday, February 19, 2010

Buat2 rilek sebentar..

Salam semua,

Baru je lepas cuti CNY last week..bajet sebenarnye dengan cuti yg agak la panjang, konon2nye nk wat keje2 FYP ngan PDP tapi malangnye tak tercapai lagi. Kelas pon ada sekali je, tu pon hari rabu, kelas Doc Mat utk subject Cultural Antropology (betul ke eja ni?). So, basically mmg agak free la minggu ni dan dah tambah niat utk setelkn FYP ngan PDP lagi. Tak tau la dpt siap ke tak, paling kuat pon dapat setelkan PDP dulu. Study psl compressor utk FYP tak buat lagi sebab kena bukak buku thermo balik (subject paling "best" dak2 engineering). Harap2 dapat la setelkan sebelum minggu depan. Selasa depan dah ada test OM lak, so kena siap sedia la segala kelengkapan "perang". Tambah lagi kena anta progress report FYP. Seb baik dah ada point nk bubuh, tinggal tak tulis je lagi.

Actually, utk keluaran (entri) ini, saya nak cerita sikit pasal event Baitul Muslim yg saya attend masa rabu lepas. Utk program ni, ada dua orang panelist yg agak hebat dpt bab2 masalah percintaan, Ustaz Hasrizal dengan Ustaz Habiburahamn El-Shirazy. Mereka berdua memang top list utk penulis2 novel dan buku motivasi especially mengenai bab2 cinta yg islamik. Mungkin sebab bahang cerita "Ayat Ayat Cinta" dengan " Ketika Cinta Bertasbih", so malam tu dak2 UTP yang attend boleh tahan la ramai. Apa2 pon, saya ucapkan tahniah kepada komiti Heart for Islam sebab diorg telah berjaya membuat event mereka tahun ni yang gempak. Dapat lagi manfaat kepada dak2 UTP. Memang susah nk handle event macam ni tapi mereka telah berjaya laksanakan tugas dengan sebaik2nye. Good job.

Tidak seperti Baitul Muslim yang saya pernah attend sebelum ni (tahun 2008), program kali ni lagi "best" sebab topic yang diorang bincangkan memang topic yang rasanye semua student atau remaja nak tahu mengenai cara bercinta yang diharuskan dalam Islam. Antara butir2 penjelasan yang paling saya suka ialah dari Ust Hasrizal (x silap saya la) : Jangan banyakkan mencari tetapi lebihkan menjadi. Apa maksudnye? Actually untuk bercinta tu, jangan la nak mencari yang baik,alim dan berakhlak mulia jika diri kita ni sendiri tak berubah2. Sebabnye orang yang baik tu secara fitrahnye akan mendapat yang baik, dan begitu la sebaliknye.

Actually, to be honest, salah satu objective yang saya expect dari program ini adalah mengenai "cara2 bercouple yang sebenar2nye yang kita harus lakukan". Dengan kata lain cara bercinta yang sepatutnye. Rupa2nye bercinta lelaki dan perempuan cara Islam tu bukanlah sesuatu yang dibuat main2 tetapi mestilah melalui cara yang betul dan bermatlamat. Kira bercinta tu kena ada outcome la. Oh, sangat2 la terkena kat diri saya ni.

Saya tak pernah bercinta atau dicintai tetapi penah la jugak crush kat satu dua dak pompuan. Biasa la, fitrah kan kalau kita sukakan sesuatu yang cantik. Jumpa je sapa2 yang lawa pon, dah kira "jatuh cinta" wpon rasanye lebih kepada syok sendiri...huhu. Tapi ada satu incident yang buat saya stop la dengan benda2 "kurang bijak" ni. Nak tau benda ni? Tunggu la untuk keluaran yang akan datang. Utk pengajaran semua sahaja..Tak larat nak isi blog ni buat sementara waktu..bye2.

Sunday, February 14, 2010

Selamat Pengantinn Baru!


Salam,

Semalam baru je balik dari Sabak Bernam kerana undangan perkahwinan salah seorang kawan semasa di SMS Miri dahulu. Boleh tahan la penat walaupun perjalanan 2 jam sepatutnye lagi singkat berbanding ke perjalanan ke KL. Mungkin disebabkan jalan2 kampung yg agak la membosankan sepanjang perjalanan tu. Tapi seriously permandangan di sangat2 la best. Ada sawah padi yg terbentang luas dan kadang kala ada deretan pokok kelapa terutamanye di antara Teluk Intan dan Sabak Bernam.

Actually,klu pergi ke undangan perkahwinan biasanye setakat jumpa tuan rumah, makan2 pastu balik. Tapi mungkin sebab semlm ramai je kawan2 dari SMS Miri yg nak datang, so rasa cam mini gathering la. Seronok sebab jumpa balik member satu sekolah yg dah tak jumpa selama lima tahun (selepas SPM 2004). Macam2 la cite dpt dengar drpd diorg. Ada yg dah keje, ada yg masih lagi belajar macam saya ni dan yg paling penting, utk hari tu, ada yg dah kahwin! Cepatnye masa berlalu. Rasa cam tak rasa plak dah lima tahun dah pergi dari hidup. Anyway, congratz utk Salwa aka Le' kerana telah selamat menjadi isteri kepada Hisham. Mereka berdua rasanye bertemu di Australia dan mungkin selepas ini menetap di sana.

Bercerita mengenai perkahwinan, saya dpt tgk dari trend2 di UTP sendiri ramai yg dah pasang angan2 nk berkahwin pada usia yg agakla muda (sekitar 23-27 tahun) especially yg dah ada couple selama 4-5 tahun kot. Bagus la, kahwin awal tak semestinye menjadi suatu bebanan asalkan kita rasa dah cukup matang dan bersedia untuk pikul tanggungjawab sendiri. Boleh je nk buat isteri atau suami kita tu macam best friend kita sebab at the end of the day, diorang la yang jadi teman hidup kita sampai bila2. Cumanye sekarang kalau dak2 skoler PE****** (censored sikit), mungkin ada sedikit kesulitan since dah keluar polisi tak boleh kahwin sesama skoler kalau diorang dua berkerja di tempat yang sama.

Dugaan jugak la kot sebab kita tak tahu kita ni akan berkerja dengan siapa selepas ni. Kalau dah keje ngan company P ni, kena la tunggu sepuluh tahun untuk release baru leh nak kawen. Nasib le korang. To be honest, saya takde pape komitmen utk hal2 "pasangan hidup" ni sekarang, so dptla concentrate utk study di Final Year dan insyallah cari kerja selepas graduate. Tak sampai seru lagi kot..hehe. Bagi saya, masa muda2 ni la kita kena pulun cari ilmu dan rezeki dan yg paling penting PENGALAMAN dalam hidup sebelum nak memulakn gerbang perkahwinan. Benda serius kot, ni bukan takat couple pastu clash,pastu sambung balik ngan mana2 balak atau awek cun. Kita berkahwin dengan orang yg akan berkongsi suka duka kita dan yg paling penting membina keluarga yg harmoni samapi ke ujung usia kita. Dan yang paling penting, cinta suami isteri harapnye menuju kepada cinta Rabb, bukan cinta manusiawi semata2.

Ceh, pandai lak saya ni nk cerita benda ni, takde experience lagi kot! Ok la,cukup la setakat di sini sahaja. Bye2!

Friday, February 5, 2010

2nd week sebagai dak Final Sem!

Salam semua,

Dah lama rupanye tak update blog ye. Maafkan diri ini kerana agak sibuk sejak due menjak ni. Biasala, dah dpt title Final Sem ni. So, berkoyan2 la keje nk wat utk FYP nye lg, dan kerja2 yg sekufu dengannye. Bajet ingat nk update tiap2 minggu, tp kali ni mmg tak dpt nk buat kerana sebab2 yg tertentu..Anyway, ada org request utk update blog, so buat je la sementara ada masa lengang ni. Anyway, perkara sibuk@bz ni mmg xleh nak elak ye, especially utk dak2 Final Year..

So, apa kaitannye dgn keluaran blog kali ni? Saya cuba mengingatkan diri ni selalu (mungkin setiap masa kot!) nikmatilah hidup di UTP ni sebaik2nye sebelom start memulakan karier hidup. Bukan pe, confirm lepas ni mmg tak dapat la nk enjoy lepak2 ngan member, gi Ipoh layan wayang sepam dya atau sanggup tunggu berjam2 lamanye kat kedai Pa' Tua utk makan telur bungkus yg best. Seriously, muka2 yg korang tengok hari2 kat UTP ni belum tentu korang akan jumpa balik pas bulan 6 ni, atau lebih spesifik lepas grad 2010 nnt.

Saya sangat enjoy dok kat UTP selama lima tahun ni. Dah byk yg dipelajari sepanjang lima tahun kat sini. Perubahan diri yg mungkin diri sendiri ni sedar atau orang lain yg sedar. Dulu, mungkin org cakap yg saya ni stok2 dak skema dan nerd. Skema? Apa definition skema sebenarnye? Adakah dengan menjadi skema tu adalah sesuatu yg bahaya dan kurang best? Ntah la, saya akui mmg saya ni skema tp skema yg biasa2 je la. Skema ni bagus..kita tak ikut orang lain, kita ada haluan kita sendiri. Apa yg orang buat x selalunye cool atau hebat, tu pendapat umum yg cakap camtu. Yang penting kita tak kacau hidup org lain. Semua org ada style atau gaya masing2, so hormati la semua org kerana itulah haluan mereka. Sebab kalau semua org sama, tak cool la..nampak sgt kita ni streotaip sgt culture di sekeliling kita. Tapi jangan la jadi over skema sgt..Kadang2 je leh jadi skema, at certain condition. Kalau dah terdesak cam nak copy assignment utk last minute submission, bantai je la org lain punye. Janji jangan copy mantak2 (means jgn tiru bulat2) la. Satu paragraph dah leh tulis psl skema..haha, cukup la.

Tp perubahan dr over skema ke kurang skema mmg byk la cabarannye. Mungkin sbb dulu saya biasa masuk event macam sepanjang 1st year sampai la 2nd year..Sebab dah bergaul dengan mcm2 org, kita belajar utk faham diri kita dengan belajar karakter org lain. Seriously, sekarang saya jadi lebih sensitive dengan org lain. Bukan main ckp lepas je la mcm dulu2. Sebab percayalah, kalau kita cakap lepas psl hal org lain, confirm org lain akan cerita psl kita kerana kita semua tak perfect. Sebab tu la Tuhan jadikan kita ni mcm2 org yang punya perangai ngan habit yg super pelik2. Tujuannye utk kita hormat menghormati satu sama lain. Oleh itu, mintak maaf sangat2, straight from my heart, kepada sapa2 yg saya ada mengata atau termengumpat..Sorry.

Bersyukur la sebab sepanjang berada di UTP, saya dah byk belajar hal2 yg bukan setakat ilmu2 akedemik tetapi jugak hal2 menjaga dan memahami hati org lain, cara2 survival di "hutan universiti", cara utk mengubat hati yg "luka" dan macam2 lagi la. Byk sgt sampai x cukup nk explain kat sini. In the nutshell, mesti ada benda yg korang semua belajar (bukan ilmu akedemik) kat UTP ni kan? kan? Hargai la ilmu dan pengalaman tu, kerana itulah ilmu yg PALING MAHAL korang belajar kat sini. Kalau sapa2 nk share ngan aku, sangat2 la dialu2kan..kira cam heart-to-heart sharing session la.haha.

Ok la, cukup la utk takat ni. Last week bajet nk update psl trip gi Cameron Highland tp x reti nk upload gambar byk2 guna internet UTP yg kadang2 laju, kadang2 "kurang aktif" ni. So, baca la apa yg aku post ni ek. Bye2!