Monday, December 20, 2010

Kerja part time

Salam,

Minggu ni aku post lambat sedikit blog ini. Keje tak banyak, tapi urusan-urusan bukan kerja (non-related jobs) yang banyak especially masa balik ke Kuala Lumpur minggu lepas. Jadi driver diraja (pergi Open University, pergi KLIA) adalah salah satu kerja yang biasa aku buat. Tak glamer pon, tapi kerja tu kena bawak keta selalu la.

Anyway, aku sekarang dah ada kerja part time yang menarik jugak la. Menjadi seorang guru tuisyen di Sri Iskandar. Dapat kerja ni pon pas terjumpa flyer pusat tuisyen dalam surat kabar. Attend interview dengan kebanyakkan cikgu2 yang dah biasa mengajar. Alhamdullilah, dapat mengajar subjek Chemistry atau nama melayunye Kimia untuk pelajar Form 4 and Form5. Terus terang, elaun atau gaji yang dapat takde la seberapa banyak tapi aku dah mula suka ngan kerja2 mengajar ni.

Dulu, sebelum masuk UTP pon, aku ada jugak terfikir nak jadi cikgu. Ye, cikgu yang mengajar subjek matematik atau sejarah. Tapi mungkin disebabkan kerjaya guru ni mungkin tak banyak income (mintak maaf cikgu2), aku terpaksa la melupakan cita2 jadi guru. So jadi la aku sekarang engineer cum researcher. Tapi aku rasa kerjaya ni la yang paling seronok. Seronok bila apa yang kita ajarkan atau sampaikan dapat difahami murid-murid. Kerjaya cikgu ni bukan sekadar untuk datang kelas, mengajar pastu balik, tapi diorang ni sebenarnye ikon kepada pelajar2. Pelajar2 akan belajar secara tidak langsung tabiat dan tingkah laku seseorang guru tu. Kerjaya ni bagi aku sangat mulia walaupun gaji tak seberapa kerana guru ni la yang menentukan masa depan pelajar2.

So, last week aku dah start mengajar. First time datang mengajar memang cuak. Yang cuaknye sebab aku sendiri kena bukak buku balik Kimia. Dah lama dah aku tinggalkn buku Kimia SPM, selalu sangat menghadap ilmu2 oil and gas, process plant. Sampai terlupa keje research aku ni. Dak2 ni pandai2 belaka, so mmg susah nk mengajar diorg. Tapi aku akan berusaha utk bagi diorg faham dan yg paling penting appreciate apa yg aku ajar. Belajar ni bukan setakat untuk lulus SPM je tp untuk berjaya dalam hidup jugak. All the best utk anak2 murid aku..hehe.

Ok la, tu je la utk kali ini. Bye2

2 comments:

  1. bes ar ko zaki, keje tusyen, nk join xleh?

    ReplyDelete
  2. Boleh je tp kena tau sikit2 la subject dak2 ni. Menarik la aku rasa sbb best la dpt mengajar orang.

    ReplyDelete