Thursday, January 6, 2011

Karier idaman korang


Salam semua,

Hari ni sudah hari jumaat pertama untuk tahun 2011. Lately, aku agak busy jugak dengan kerja kerja master yang memerlukan aku concentrate dengan aktiviti membaca especially buku teks tebal sejengkal dan yang paling mencabarnye adalah: buku tu pulak subject thermodynamic. The only subject that I really screwed up in undergrad. Tak tau la sebab pe subject ni menjadi subject yang agak horror masa tu, aku ke yang silap, subject tu sendiri memang dah susah ke atau orang yang mengajar kurang mahir men-deliverkan benda ni? Tapi so far, agak faham jugak la apa yang aku baca ni. Now, I realize that the thermodynamic stuffs are quite important especially in my project. Baru la dapat relate thermo ni dengan real application.

Eh, melalut pulak aku ni cerita pasal hal aku. Actually aku nak cerita berkenaan dengan karier idaman korang. Iyelah, sekarang ni ramai yang tengah cari kerja pas abis belajar dan ramai yang jugak la yang takde semangat dan motivational force untuk berkerja. Senang masuk kerja dan senang jugak la nak keluar. Biasa lah, Gen Y kot kita ini semua.

Korang penah terpikir untuk dpt kerja yang paling korang suka untuk dibuat tiap2 hari tanpa rasa jemu dan jika ada apa2 halangan atau cabaran sekalipun untuk kerja ni, korang tetap laksanakannya dengan semangat tanpa rasa putus asa? Kalau kita perhatikan dalam masyarakat kita, aktress atau pelakon akan tetap dalam karier diorang dalam bidang perfileman atau drama walaupun incomenye tak seberapa, masih lagi dalam karier diorg. Atau, kalau korang perhati lagi, chef2 macam Chef Wan atau Chef Ismail yang sangat enjoy benda yang diorang buat dan mereka pulak buat kerja dengan bersungguh2 sampai boleh aspire orang lain dengan karier tu.

Actually, motivational untuk bekerja ni ada pelbagai sebab, contohnya kerana karier tu dpt income banyak, kena bonded dengan certain organization, kerana family korang yang suruh wat kerja tu, kerana korang grads dalam certain course yg korang pilih di U dan pelbagai lagi sebab. Setiap orang ada reason yang tersendiri mengapa mereka memilih kerjaya itu. Tapi tak semua sebab2 itu menyebabkan kita akan rasa happy dan enjoy untuk buat sesuatu kerja kerana kita selalu menghadapi konflik di antara kerja yang kita suka buat dan kerja yang kita menyampah untuk buat. Jadi, duit, position dalam kerja, desakan keluarga dan course yang kita study semasa di universiti/kolej bukanlah hanya sebab yang menyebabkan kita suka karier kita.

Apa yang membolehkan kita dapat karier yang kita idam-idamkan? Untuk menjawab persoalan ini, aku suggestkan korang untuk beli buku motivasi "Great Work, Great Career" yang ditulis oleh Stephen R. Covey dan Jennifer Colosimo. Buku ini version asalnya dalam English dan sekarang ada version Bahasa Melayu. Aku beli buku ini di Tesco Cheras bila aku cuba cari buku2 motivational pas aku berhenti kerja hari tu. Time2 tengah sedey dan frust pas aku berhenti kerja, aku terjumpa pulak buku ini. Alhamdullilah, buku ini ada sedikit sebanyak bagi guidance kat aku untuk dapat kerjaya yang aku minati. So, kat sini aku boleh summarize secara ringkas la apa yang buku ini cuba explain:

a. Kerjaya yang kita minati itu bukanlah sekadar bersandar kepada wang dan kedudukan dalam syarikat semata mata, tetapi kepada interest dan benda yang kita sukai untuk buat sampai bila. Contohnya, kerjaya seperti pelakon, tukang masak, sukarelawan antarabangsa dan pelbagai lagi karier yang jelas menunjukkan minat dan kerjaya boleh disatukan bersama.

b. Kita harus menilai kelebihan dan kekurangan diri sebelum memilih sesuatu kerjaya. Dengan mengenali potensi diri, kita boleh memilih karier yang kita minati dan secara tidak langsung, membolehkan kita memasarkan diri kita kepada syarikat2 tertentu. Paling penting, kita rasa kerjaya itu sangat berbaloi untuk effort dan usaha yang kita curahkan sebab kerja tu adalah benda yang korang suka buat.

c. Setiap kerjaya mestilah mempunyai hala tuju dan matlamat yang ingin dicapai. Anda harus menentukan hala tuju karier anda berlandaskan minat dan kelebihan diri sendiri. That's why ada orang sanggup bersusah2 dahulu dengan sesuatu kerjaya kerana mereka yakin dengan matlamat yang mereka ingin capai.

d. Bagaimana untuk memasarkan potensi diri kita kepada orang lain atau syarikat tertentu. Perkara ini anda boleh mula dengan menulis matlamat kerjaya serta kelebihan diri di dalam resume so that orang lebih faham kerjaya yang anda ingini.

Banyak lagi benda yang aku nak explain pasal buku ini tapi aku rasa korang beli dan baca sendiri buku ini. Semoga entri aku kali ini memberi manfaat kepada rakan2 aku yang sedang dan sudah mendapat kerja.

No comments:

Post a Comment