Saturday, January 9, 2010

Melihat Itu Satu Ibadah

Salam semua,

Sudah lama saya tidak mengemaskini (mengupdate) blog ni. Maklum la, minggu lepas agak bz sedikit dengan tugasan FYP. So far dah berjaya buat simulation HYSYS utk mini LNG plant. Asal nmpk biru semua streams ngan converge pun dah rasa happy walaupun banyak product spec yang dah tersasar jauh dari design yang sebenar. Harap2 minggu depan dapat la setelkan overall mass balance, check operating data utk cold case pastu update balik dalam simulation. Harap2 ok la nnt.

Semalam baru je lepas balik rumah di Bandar Tun Razak. Perjalanan dari UTP ke KL yg kira2 tiga empat jam tu terasa gak la penat. Sempat jugak la singgah kat Tapah sebelum meneruskan perjalanan ke tol Jalan Duta. Sampai je kat rumah, mak abah semua dah kuar gi jemput Kak Ain kat airport. Ada training katanye. Actually malas je nak balik KL sebab keje2 FYP x abis lagi, pastu nk kena balik semula UTP minggu depan. Balik pon disebabkan nk cat@spray balik keta tu yang calar cam hapeh lepas anta polish tahun lepas. Nyesal giler anta kat kedai tu. Pasni xde nye aku nak gi basuh keta ke, polish ke kat kedai. Rela penat sikit untuk basuh keta tu sendiri. Kalau tak cat, makin teruk la jadinye. Tambah lagi climate kat Tronoh yang panas gilerw tu. Kesian ko kereta..huhu.

Anyway, matlamat kedua nak balik rumah pon sebenarnye nak gi ushar2 The Star Education Fair. Event ni xde la grand sgt mcm Facon Education Fair tapi besar la jugak. Pegi pon dengan harapan nak survey univeristy yang offer Postgraduate study in Chemical Engineering. Kalau boleh (dan kalau ada rezeki) nak mintak further study kat oversea. Cukuplah 5 tahun kat UTP tu. Mmg betul kalau wat master kat UTP lagi senang sbb dah familiar dengan environment kat situ tapi tak gain experience la kalau kat tempat sama je. Tapi planning utk amek Master ni hanyalah sebagai backup plan sahaja. Kalau dah dpt offer keje, baik keje dahulu. Kumpul2 duit ngan ilmu, insyallah baru leh further study sampai Phd.

Kat KLCC tu, mmg ramai la umah manusia. Peliknye orang2 Melayu xde la ramai sgt jika dibandingkan ngan sahabat2 kita orang Cina. Nampak sangat mereka sangat concern ngan pendidikan anak2 mereka. Macam mana kita nak maju kalau hal2 mcm ni pon org Melayu tak amek berat. Rasanye kalau ada PC Fair kat KL Convention Centre tu la baru nmpk muka2 org melayu. Datang nak beli hardisk..huhu.

Cuma masa dalam perjalanan balik tu ada benda yang saya rasa sangat menginsafkan diri saya. Dalam perjalanan pulang ke Bandar Tun Razak semasa menggunakan LRT, saya ternampak ada sepasang suami isteri dengan dua orang anaknye. Yang sulung tu umurnye dalam empat tahun manakala yang seorang lagi tu baru umur setahun lebih. Rasa kesian kat diorang sebab anak2 yang ramai dan tak reti dok diam (biasalah, budak2) terpaksa berasak2 kat dalam LRT tu. Yang buat saya terharu bila tengok mak budak2 kecik tu sempat nyanyi lagu ala2 "Pok Amai2, belalang kupu2" kat anak yg kecik tu. Rasanye nk buat anak die tu tenang ckt kot. Maklumlah, tempat sesak2 mcm tu. Mak die layan je buat macam tu kat tengah2 ramai orang. Kalau saya, rasa mcm malu jugak la.

Bila saya tengok peristiwa tu, rasa cam sebak gak. Agak2nye mak aku dulu, layan macam ni ke kat aku masa kecik2? Sanggup buat apa saja demi anak2. Nak makan, bagi. Nak tidur, kena dodoi. Kalau demam kena jaga. Pastu bila anak2 dah besar, mula la nak menjauhkan diri dari mak ayah. Katanye tak ngam la dok ngan mereka, terbeban la duduk dengan diorang, kolot la etc. Tapi kita tak tahu betapa mak ayah kita sayang kat kita. Terlampau banyak yang diorang korbankan untuk kita. Terlalu banyak dan memang tak dapat nak balas. Saya bercerita tentang hal ni sebab saya rasa macam tu. Mungkin sebab kita dah rasa besar, kita dah tak perlukan mereka lagi. Tapi percayala, kasih sayang diorang kat kita tak akan berpenghujung sampai mereka meninggal dunia. Diorang masih sayangkan kita walau jahat macam mana anak tu sendiri.

Mungkin ini Tuhan nak tunjukkan kepada saya tentang apa yang saya korbankan untuk mak abah. Itu la pengajaran yang saya pelajari semalam. Tak banyak tapi cukup bagi pendoman untuk diri ini. Tanyalah diri anda jugak sejauh mana anda berkhidmat dengan ibu dan ayah anda.

2 comments:

  1. post yang sangat islamik, Ustaz Zaki :p
    dan juga sangat mengnostalgiakan **rosak bahasa Malaysia

    Percayalah, ibu bapa kita, terutamanya ibu memang akan buat begitu demi anak2nya. Mereka tak kisah pasal perasaan malu, asalkan perasaan anak2 mereka terjaga. Tetibe terasa insaf sebentar.

    Aku penah nampak ibu sarat mengandung yang bagi anak die duduk kat LRT, die pula berdiri. Ini antara pengorbanan seorang ibu yang murni.
    Yang buat lahanat, dah tengok macam tu pon, orang2 yang duduk bersebelahan tetap dengan punggung batu, emas, dan berliannya buat muka selamba panda, tak mahu bagi tempat duduk. Cis cis cis >:(

    ReplyDelete
  2. Haha..ada tokoh ustaz ke aku ni?

    Ni sekadar pemerhatian aku. Biasa la tu sebab semua org nk jaga hidup masing2. Tp diorg lupa lak kat org sekeliling, mmg selfish(jual ikan) la.

    Anyway, aku suka ayat ko "buat muka selamba panda". Haha..

    ReplyDelete