Thursday, December 31, 2009

Welcome Mr 2010!


Salam,

Seperti yang sedia maklum, esok hari adalah hari pertama untuk tahun 2010 (01/01/10). Tahun ni azam macam mana ye? Rasanye macam baru je Tahun Baru 2009 dulu, sekarang dah masuk setahun lagi. Tahun 2009 membawa pelbagai pengalaman dan experience yang baru dan menarik untuk saya. Tak kisah la samaada pengalaman tu suka atau duka, tapi yang paling penting semuanye dah menjadi satu pengajaran hidup yang berguna.Bak kata org "Sharing Is Caring". Anyway, saya akan menceritakan serba sedikit review atau ulasan aktiviti yang telah saya lalui untuk tahun 2009.

Januari 2009

Baru je menghabiskan sebulan praktikal@internship di Dayabumi. Pada awalnya memang bosan sebab dok kat ofis je, tak buat apa2. Tapi untuk bulan Januari, supervisor beri tugas untuk study pasal product specification untuk PPT. Memang payah sebab kena baca semua crude oil assay untuk condensate ngan crude oil yang kena diinject untuk refinery tu (term yg sangat la dak cheme je yg faham). Last2 tak jadi apa2 pon sbb engineer lain yg dah tolong buatkan. Nasib baik student intern je..huhu.

Februari 2009

Bulan ni memang bz sedikit sebab dah diberi task untuk study PFD untuk MLNG plak. Pastu diorg soh present the whole process description utk "mengajar" engineer2 yang lain. Kali ni keje mmg best sebab diorg dah awal2 bg task untuk project intern. Rasa bangga jugak la sbb berjaya buat presentation tu kat diorg semua. Pastu yang best masa bukan ni ktorg sume buat aktiviti charity atau nama lain die Corporate Community Service (CSR) untuk department GPPM. Best sebab dapat jumpa adik2 yg belajar kat sekolah maahad tahfiz kat Seremban. Teringat balik masa Titian Budi dulu.

March 2009

Ni yang paling best sebab dapat gi training simulation kat Singapore. Rasa cam kampung giler bila sampai kat Singapore tu. Tapi pengalaman ni yang paling best untuk tahun 2009. Sebab dapat berkerja ngan org2 KBC, GTS ngan MLNG. Pastu dapat lagi jejalan kat sana. Memang pengalaman berharga la. Bukan nak bangga sangat dengan diorg tp ada certain thing yg Malaysia kena belajar dari Singapore especially dgn attitude diorg dan kebersihan. Tp ada je yg org Singapore kena belajar dari Malaysia. Kira dua2 negara saling tolong menolong la katakan.

April 2009

Project utk VIP MLNG dah start untuk first phase. Bz la jugak sbb kena tlg SV check data process especially untuk mass balance. Memang pening gak la sebab kena ubah sana sini. Nak ubah tu pon bukan sebarang je. Masa ni la rasa cam dh keje betul2 (bukan intern!) sbb diberi tugas yg sama besar cam eksekutif yg lain. Tp at least diorg percaya kat dak2 intern untuk wat keje yg tahap juta2 nye outcome.

May 2009

Macam bulan2 sebelum ni, lali gak la wat keje2 ofis. Bulan ni sibuk nk wat presentation slide utk lecturer yg nk dtg. Bz lagi. Serabut nk cari info, praktis depan staff2 yg lain, kena tegur sana sini,ubah sana sini..adeh la. Nasib la masa presentation Mr Tazli bg good response. Syukur sgt2. Dpt la tunjuk hasil kerja kat depan die.

Jun 2009

Ni masuk bulan2 last sebelum abis intern. Kali ni mmg tak faham pe benda diorg sembang dalam meeting hari2. Tp at least cuba la utk faham mana yg dpt. Boleh imagine la kalau aku keje kat sini mmg teruk gak la kena basuh. Sangat details dan technical. Baru la sedar nak jadi engineer mmg payah. Bulan ni dpt la merasa masuk plant kejap kat PGB. Rasa cam batak gak sbb intern pon keje ofis. Takpe la, pas grad aku try mintak masuk operation je la..Nak merasa sgt keje kat plant.

July 2009

Last month untuk intern. Tu pon keje byk lg. Sbbnye diorg dh setel 1st phase n continue for 2nd phase. Teruk gak la nk gi meeting hari2 just utk check simulation. Diorg pon still bg lagi keje masa last2 tu! Anyway yg saya suka time tu bila bos ckp "Kalau dah abis grad nnt mintak la keje kat sini. Mmg ada keje yg menunggu!". Tp wpon intern dah abis, penderitaan baru je bermula. 1st, kena siapkn final report intern. Sakit gak la nak siapkan. Hari2 menghadap pc. Tp lepas dah bg tu kira lega gak la.


August 2009

Baru masuk UTP semula. Nak dpt momentum belajar mcm sebelum intern mmg pyh. Tambah2 amek major Process Plant Engineering. Yang best bulan ni sbb ada Convo Fair. Suka tengok org2 yg dah grad. Insyallah tahun depan giliran saya lak. Pastu bila masuk bulan ni je dah serabut nk wat FYP lak! Mmg ni la gayanye utk 2 sem lagi ni.

September 2009

Raya paling awal penah sambut. Alhamdulillah puasa pon cukup..hehe. Tp apa yg pasti keje bertambah2 bila dah final year ni. "Warga emas" mmg la byk keje. Wat presentation FYP pon kena sembur kaw2 ar. Terasa gak la macam buang masa lak wat keje FYP. Syukur sebab SV yg faham diri ni. Tp keje yg semakin bertambah adalah PDP1. Ni tak boleh nak cakap pe la.

October 2009

Hampir hujung semester. Maksudnye nak kena study utk final, test ngan project yg bertambah2. Utk FYP ni dah tak terkira la berapa byk masa yg dh terguna utk wat report, slide presentation. Paling horror ialah PDP 1 sbb serabut tiga empat project nk kena submit dlm seminggu. Sabar je la. Next sem tak tau la macam mana. Paling tak boleh blah masa wat simulation PDP1. Bayangkan wat simulation dari pagi sampai kul 12 tengah malam! Seb baik la ada Is ngan Akmal yang tolong (wpon aku tlg sikit2 je sebenarnye..huhu).

November 2009

Ujung sem. So seperti sem2 yg sebelum ni, wajib la ada final exam. Semua dak UTP protest gak la time tu sbb study week takde lak. Bajet ktorg ni suka sangat ke blaja time serabut2 nak wat project yg berkilo2 byk..huhu. Anyway syukur lagi sbb ada masa jugak la utk study wpon xde study week. Gap die pon besar la gak. Harap2 semuanye ok la belaka.

Disember 2009

Musim cuti sem. Target nak siapakn simulation utk FYP masa cuti dan specifically buat kat UTP. Percayalah, kat rumah memang la tak boleh nak buat. Tp yang bertambah "best" sebab kena bayar duit hostel masa cuti. Seminggu 40 ringgit. Mahal gak la tp sbb nk stay kat sini amek je la 5 minggu. Pada masa sekarang FYP pon on the way utk disiapkan. Target pertama: check data sblm masuk simulation. Harap2 siapla gayanye. Oh ye! Cuti sem ni pon saya berpeluang ke Istanbul. Ada rezeki gi sana. Best gak la dpt tengok negara orang tp Malaysia jugak tetap di hati!

Ni la serba sedikit summary yg aku lalui semasa tahun 2009. Tinggal sejam 20 minit je lagi sebelum Tahun Baru 2010. Semoga tahun ni menjadi pengajaran untuk tahun hadapan!





No comments:

Post a Comment