Sunday, December 27, 2009

Trip to Istanbul Part 1


Salam semua.

Ni entri yang ketiga aku berjaya taip untuk blog aku..Tak banyak nak cerita tapi nak kongsi semua berkenaan pengalaman aku melawat/melancong/jalan2 ke Istanbul minggu lepas. Untuk permulaan, harap maaf kepada sesiapa yang contact aku last week kerana sesungguhnya aku tak dpt reply call/sms kalian disebabkan kadar roaming yg boleh tahan tinggi..huhu.

Anyway, actually plan nak gi ke Istanbul ni aku baru tau last minute (kira2 empat hari sebelum pergi ke sana). Asbabnye disebabkan aku call mak aku nk tanya psl ASB samaada boleh masuk duit lagi atau tak. Rupa2nye mak aku menggubah topik berkenaan rancangan abah nak ke Istanbul. At first, diorg plan nak gi tiga orang je (abah, mak ngan Kak Ain) dan diorg suruh aku balik rumah just untuk jaga rumah sepanjang diorang gi sana tu. "Tak boleh la macam tu. Zaki nak gi jugak! Cuti kot sekarang ni" aku cakap cakap lebih kurang mcm tu la kat mak aku.

Pastu, abah aku ckp boleh je tambah sorang lagi disebabkan point skyward Emirates abah yang masih lagi banyak. Hati aku dah berbunga2 bila abah dah cakap macam tu. Nice. Kali kedua gi oversea selepas intern dulu kat Singapore.

At first, aku tak teruja sangat nak gi Istanbul sebab expectation takde la macam masa aku gi Singapore sebelum ni. Biasala sebab Singapore tu kan negara yang so-called maju dalam dunia, plus diorang nye insfrastructure yg serba advanced dari Malaysia. Tapi kalau aku tak pergi kang nyesal lak. Takut dikata tak bersyukur lak..huhu. Tapi apa2 pon, memang rasa bersyukur sebab ada peluang gi sana. Susah kot! Tapi aku baru sedar yang aku dah book untuk stay kat bilik UTP untuk next week. Konon2nye bajet nak wat FYP lag..huhu. Nampak gayanye burn la duit 40 hengget aku dan keje FYP bertangguh lagi. Ni tak masuk topik Dr Usama (SV FYP) mempertikaikan hak UTP/RC nak charge 40 hengget seminggu kat dak2 final. "Do they make money from this RM 40? I can't believe it happens in PETRONAS's university!" die membebel kat aku ngan Fahdi.

Ok. Off topik pasal isu 40 hengget tu. Balik kepada cerita asal, actually peluang nak gi Istanbul ni ada sebab Abah aku ada extra point untuk Skyward Emirates untuk tahun ni. Dengan point2 ni la dapat diskaun sikit untuk airfare ke seluruh dunia. Kalau tak guna point2 tu sampai ujung tahun ni, kira burn dan tak boleh dicarry-over untuk next year. Dengan asbab ni, dpt la ktorg gi Istanbul tu.

So, khamis tu aku pack barang sikit2 dr UTP pastu drive balik KL. Esoknye dah kena siap2 untuk filight pagi Sabtu (kul 2 pagi waktu Malaysia). Yang best masa kat KLIA, ada la peluang masuk Golden Lounge Emirates. Makanan semua nice2, leh main tenet berapa lama yang kita suka dan dapat lepak2 kat situ sementara tunggu flight.

1 comment:

  1. tahniah zaki sudah berblog nampak nyer..hehe. All da best..

    ReplyDelete