Tuesday, December 8, 2009

Hari ke-5 di UTP

Salam semuanya.

Hari ni masuk hari ke-5 aku dok kat UTP. Ramai je yg masih ada kat UTP. Untuk international student mereka tidak pulang ke kampung halaman mungkin disebabkan takde duit atau mereka rasa duduk kat Malaysia lagi baik dari negara mereka. Untuk kami, student final year final sem, cuti semester yang last ni kami kena korbankan jugak untuk pelbagai macam komitmen. Mungkin ada yg balik disebabkan Final Year Project (FYP) yang harus disiapkan sebelum semester 2010 tiba atau mungkin jugak ada yang stay kat sini disebabkan xde benda wat kat rumah..Mungkin jugak la.

Walau apa pun komitmen atau matlamatnya, kami semua memang dah lama tak merasa cuti semester utk beberapa kali. Macam yang saya katakan pada rakan rakan lain, kali pertama tak dpt cuti sem masa awal internship, kali kedua masa akhir internship dan kali yang ketiga cuti semester ini. Memang sakit jugak la rasanye sebab nak jugak la merasa rilek2 kat rumah, tolong mak abah ke, jalan2 tapi ni la yang dikatakan komitmen.

Saya tahu, bukan mudah nak capai tahap sampai sekarang ni. Saya tahu peluang ini hanya datang sekali seumur hidup. Saya tahu semua yang datang UTP ni datang dengan niat yang besar: nak tolong mak abah, nak berjaya, nak kaya bla, bla. Oleh itu, saya terima hakikat itu sikit demi sedikit..tak boleh sekali harung (kata orang Melaka la.). Kena berkorban untuk hasil yang lebih baik dari sekarang.

Dah banyak merapu ni..Saya ni blogger baru belajar. So medium penceritaan takde la sehebat blogger2 lain..Tapi saya rasa cerita hidup saya mungkin boleh jadi panduan untuk hidup orang lain. Siapa tahu kan?

Anyway, hari ni mungkin kena gi lab lagi..Nak tengok bukak ke tak. Kalau bukak boleh la guna pc kat situ, merangkap guna HYSYS untuk projek tahun akhir ni..All the best!

No comments:

Post a Comment