Sunday, February 14, 2010

Selamat Pengantinn Baru!


Salam,

Semalam baru je balik dari Sabak Bernam kerana undangan perkahwinan salah seorang kawan semasa di SMS Miri dahulu. Boleh tahan la penat walaupun perjalanan 2 jam sepatutnye lagi singkat berbanding ke perjalanan ke KL. Mungkin disebabkan jalan2 kampung yg agak la membosankan sepanjang perjalanan tu. Tapi seriously permandangan di sangat2 la best. Ada sawah padi yg terbentang luas dan kadang kala ada deretan pokok kelapa terutamanye di antara Teluk Intan dan Sabak Bernam.

Actually,klu pergi ke undangan perkahwinan biasanye setakat jumpa tuan rumah, makan2 pastu balik. Tapi mungkin sebab semlm ramai je kawan2 dari SMS Miri yg nak datang, so rasa cam mini gathering la. Seronok sebab jumpa balik member satu sekolah yg dah tak jumpa selama lima tahun (selepas SPM 2004). Macam2 la cite dpt dengar drpd diorg. Ada yg dah keje, ada yg masih lagi belajar macam saya ni dan yg paling penting, utk hari tu, ada yg dah kahwin! Cepatnye masa berlalu. Rasa cam tak rasa plak dah lima tahun dah pergi dari hidup. Anyway, congratz utk Salwa aka Le' kerana telah selamat menjadi isteri kepada Hisham. Mereka berdua rasanye bertemu di Australia dan mungkin selepas ini menetap di sana.

Bercerita mengenai perkahwinan, saya dpt tgk dari trend2 di UTP sendiri ramai yg dah pasang angan2 nk berkahwin pada usia yg agakla muda (sekitar 23-27 tahun) especially yg dah ada couple selama 4-5 tahun kot. Bagus la, kahwin awal tak semestinye menjadi suatu bebanan asalkan kita rasa dah cukup matang dan bersedia untuk pikul tanggungjawab sendiri. Boleh je nk buat isteri atau suami kita tu macam best friend kita sebab at the end of the day, diorang la yang jadi teman hidup kita sampai bila2. Cumanye sekarang kalau dak2 skoler PE****** (censored sikit), mungkin ada sedikit kesulitan since dah keluar polisi tak boleh kahwin sesama skoler kalau diorang dua berkerja di tempat yang sama.

Dugaan jugak la kot sebab kita tak tahu kita ni akan berkerja dengan siapa selepas ni. Kalau dah keje ngan company P ni, kena la tunggu sepuluh tahun untuk release baru leh nak kawen. Nasib le korang. To be honest, saya takde pape komitmen utk hal2 "pasangan hidup" ni sekarang, so dptla concentrate utk study di Final Year dan insyallah cari kerja selepas graduate. Tak sampai seru lagi kot..hehe. Bagi saya, masa muda2 ni la kita kena pulun cari ilmu dan rezeki dan yg paling penting PENGALAMAN dalam hidup sebelum nak memulakn gerbang perkahwinan. Benda serius kot, ni bukan takat couple pastu clash,pastu sambung balik ngan mana2 balak atau awek cun. Kita berkahwin dengan orang yg akan berkongsi suka duka kita dan yg paling penting membina keluarga yg harmoni samapi ke ujung usia kita. Dan yang paling penting, cinta suami isteri harapnye menuju kepada cinta Rabb, bukan cinta manusiawi semata2.

Ceh, pandai lak saya ni nk cerita benda ni, takde experience lagi kot! Ok la,cukup la setakat di sini sahaja. Bye2!

6 comments:

  1. gersang le tuh zaki tengok member dah kawen haha

    ReplyDelete
  2. zaki... yang mane ek 2 orang tu.. 2 orang. sila tag dalam gambar. dehs blogger xley tag daaa~ zaki.. zaki..

    ReplyDelete
  3. Aku tak gersang Pullah, cuma cam terdesak je..haha.

    ReplyDelete
  4. zaki, mana jawapan utk komen aku di atas

    ReplyDelete
  5. alaaa zaki....<3 <3 secret valentine(s)

    ReplyDelete