Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011!

Salam,

Hari ini sudah 2hb Januari 2011. Bukan lagi 2010 ye. Maksudnye dah dua hari kita tinggalkan 2010 dan dua hari jugak kita masuk tahun baru 2011. Erm, personally aku takde rasa pape pun untuk Tahun Baru 2011 ni. Seriously, takde beza kot antara 31hb Disember 2010 dan 1hb Januari 2011. Ada yang berubah tak secara fizikalnye untuk korang? Aku still lagi duduk di UTP, masih lagi belajar dan masih lagi orang yang sama. Alhamdullilah.

Cuma, umur je yang makin meningkat. Kalau dah 19hb November 2011, aku dah berusia 24 tahun. Dah dua puluh empat (24) tahun aku hidup kat atas bumi Tuhan ni. 24 tahun dik. Lama dowh. Aku panjatkan kesyukuran kepada Allah sebab diberikan nikmat bernafas dari umur kosong (0) tahun sampai umur 23 tahun dan 2 bulan lebih sekarang ini. Masa aku kecik2 dulu, aku penah terpikir umur2 yang aku akan lalui untuk dewasa. Untuk umur 9 tahun, 1996, untuk umur 10 tahun, 1997, untuk umur 11 tahun, 1998 dan seterusnye. Rasanye cam tak sabar je nak jadi dewasa pada umur itu. Dan alhamudulilah, aku lagi masih lagi bernyawa sehingga sekarang. Dan alhamdulillah lagi, orang2 yg aku sayang macam mak, abah, adik beradik, atuk, nenek dan sedara mara terdekat masih lagi dipanjangkan umur. Takde lagi yang aku rasa bersyukur melainkan diberi kesempatan untuk hidup.

Dan dengan usia kita tak tahu bila akan berhenti (macam bateri Energizer la), aku semakin sedar hari2 yang aku lalui tak akan bermakna kalau disia2kan dengan aktiviti tak bermanfaat. Perkara yang sia2 ni banyak je sebenarnye tapi korang pandai2 la pikir. Haha..aku pon mengakui (dan masih lagi mengakui), benda2 yang sia2 ni masih lagi aku buat samada sedar atau tidak. Semoga Allah bagi kekuatan untuk aku capai cita2 yang aku dambakan. Amin..

Kalau cerita pasal tahun baru, mesti je masuk cerita Azam tahun baru (atau nama mat sallehnya Resolution). Erm, untuk tahun 2011 ni, azam takde la gempak sangat pun tapi cukup la ia dapat dicapai dengan jayanya. Insyallah. So ini adalah salah satu target tahun 2011:

a. Nak habiskan sebanyak yang boleh MSc in Chemical Engineering. Aku tau ia agak mustahil, tapi aku akan cuba sedaya yang upaya untuk capai target ni. Untuk kerja 6 bulan dari sekarang, aku dah ada target iaitu siapakan study untuk SWHE (spiral wound heat exchanger) yang agak tedious untuk disetelkan. Insyallah aku kena extra rajin dan extra mile untuk habiskan kerja ni.

b. Nak kumpul duit untuk pelaburan masa depan. Erm, contoh2 pelaburan masa depan ialah beli rumah atau tanah, beli kereta idaman dan untuk kenduri kawen aku. Hehe..Rumah dan tanah tu investment masa depan sebab dua2 benda tu adalah aset untuk masa depan. Target rumah yang aku nak beli, kalau boleh kat area2 Putrajaya atau Bangi. Untuk investment kereta tu, aku nak beli kereta Honda Civic Hybrid atau Toyota Prius Hybrid. Sebagai seorang yang environmentalist, aku rasa investment untuk kereta ini sangat berbaloi sebab dengan keadaan sekarang yang global warming dan aku pulak jenis guna kereta, ini adalah investment yang berbaloi. Dan yang last sekali, untuk kawen tu, erm..tak sure la dengan sapa la aku nak kawen tapi at least dari segi keperluan duit nanti, kalau dah ada saving, senang sikit la. Yang paling penting, aku kena la belajar ilmu mengenai hubungan suami isteri, perkahwinan dan kekeluargaan. Tu memang boleh buat sekarang.

c. Dan yang terakhir, aku nak mula belajar mengenali Al Quran. Selama 24 tahun ni, terus terang aku masih lagi belum menjadi seorang Muslim yang baik, iaitu tidak memahami Al Quran yang Allah turunkan. Al Quran ni turun bukan untuk baca semata2, tapi yang paling penting menjadi guidance macam manual hidup yang menunjukkan jalan yang harus dituruti dan jalan yang harus ditinggalkan. Insyallah, aku pun akan cuba untuk spend masa menuntut ilmu di masjid walaupun aku sedar aku agak sibuk.

Actually ada je lagi target yang aku nk achieve, contohnye aku nak start wat research mengenai susur galur keturunan aku (Dari sebelah mak yang berasal dari Johor dan sebelah abah yang berasal dari Jawa Tengah atau shorformnye Jateng) dan wat research pasal ilmu perbandingan agama. Tapi yang paling penting la yang aku rasa adalah, benda2 ni akan jadi sia2 kalau aku tak buat. So, jangan cakap kencang tapi tak buat dan baik bergerak sekarang!

1 comment:

  1. aku nk komen pasal part c, antara sebab sebab kita dilalaikan daripada memahami alquran dengan lebih dalam adalah disebabkan sekularisme yang kit hidup di dalamnya sejak kita lahir iaitu sewaku dari kita berumur kosong (0) hingga sekarang. agama telah disisih sehingga tempatnya hanya di masjid, dan alquran itu menjadi lagu lagu dan hiasan hiasan semata mata.

    c-(i) sila tambah mendalami bahasa arab jika anda masih mampu mempelajarinya...

    c-(ii) kita masih mampu mengubah dunia hari ini supaya anak anak kita nanti tidak perlu hidup dalam sekularisme lagi supaya diorang tak jadi macam kita. ubah sekarang, selamatkan anak2 kita. macam mana? bersatu padu dan bergabung dengan orang orang musli yang mempunyai tujuan hidup seakan sama dengan kita, dan mewujudkan komuniti yang cakna akan benda ni (Amar Makruf Nahi Munkar)

    ReplyDelete