Friday, January 14, 2011

Pandangan masing2

Salam,

Sejak sehari dua ni, aku tak berapa sihat sangat. Selalu je selesema dan hidung berair je. Alhamdulillah, hari ni kurang sikit. Ingat jap lagi pon nk gi jogging. Asyik tak sempat je nk beriadah, terlalu komited sangat dengan kerja sekarang ni walaupun kerja sekarang ni pon tak la dikira sebagai kerjaya sebenarnye.

Sebelah siangnye, rutin harian aku adalah, pagi2 pas subuh menghadap pc jap, baca suratkabar online dan tgk2 facebook, then dlm kul 8 lebih, siap2 mandi untuk start keje aku sekitar kul 9 pagi (selepas dengar session Panggilan Hangit kat HotFM). Aku takde office lagi untuk masa sekarang sebab request untuk workstation still pending memandangkan ada berpuluh2 student master yang nak workstation. So, dua tempat je yang aku biasa start wat kerja, either kat bilik aku sendiri atau kat IRC. Kat bilik, kerja nak wat senang sebab anytime je boleh mula kerja2 research aku, tapi yang lecehnye selalu je rasa mengantuk dan end up tido la (tapi kejap je la). Kalau kat IRC ni yang bagusnye leh cari resource dengan sangat mudah dan boleh concentrate utk kerja tapi lecehnye kena bawak segala peralatan laptop dari tingkat bawah ke tingkat tiga. Tapi mana2 tempat pon boleh je start keje asalkan ada komitmen nak wat benda tu.

Selalunye aku akan stop jap untuk lunch, solat zohor then sambung lagi kerja. Petang dlm kul 6 pm tu aku gi jogging pulak. Nak sihatkan badan jugak. Tapi, untuk hari rabu je tak boleh nk wat camtu sebab aku nak kena prepare material untuk mengajar kat tuition centre dari kul 3 petang sampai kul 9 malam. Mengajar ni best tapi yang letihnya kena berdiri almost 3 jam stret tanpa henti.

Tapi, seriously aku sangat enjoy kerja jadi cikgu walaupun sekadar part time sahaja. Satisfaction ni akan datang once anak murid yang kita ajar tu faham apa yang kita ajarkan. Cuma aku kena belajar lagi teknik mengajar yang betul sebab aku pon takde cert dalam Pendidikan, hanya dalam Engineering sahaja. So, pendapat dari cikgu2 lain terutama bos aku, Cikgu Farid aku terima dengan baik. Benda yang nak diajar tu kita (cikgu) faham tapi yang menjadi masalah bila student start tak faham. Isnin ni nak kena jumpa Cikgu Farid apa yang harus aku improvekan. Btw, aku pon akan mengajar jugak jadi GA once semester ni start. Stakat ni dapat confirm secara tak bertulis untuk mengajar subject Gas Processing Engineering tapi subject laun tak sure lagi macam mana.

Alhamdullilah, ni la kerjaya atau karier yang aku paling suka. Tercapai hajat aku nak jadi pendidik kepada masyarakat. Aku takde dream yang hebat2 nak kumpul duit banyak, jadi millionaire atau billionaire, cukup la untuk masa sekarang aku satisfy dengan kerjaya yang aku wat. Macam title untuk kali ni "Pandangan Masing2", setiap orang ada goal dan matlamat yang berbeza. Orang lain mungkin ada target untuk jadi millionaire, nak tolong mak abah yang hidup susah, nak berbakti kepada masyarakat dan sebagainya.

That's why kita kena faham perjalanan hidup kita takkan sama dengan perjalanan hidup orang lain. Kena hormat dan respect hidup orang lain kerana kita diciptakan berlainan. Cuma ada satu je persamaan antara semua ni: semangat juang yang tinggi dan bersungguh2. Tu je value yang sama untuk setiap orang. Tapi kita kena faham yang tak semua orang dapat capai matlamat mereka dengan apa yang mereka lakukan sekarang ini mungkin disebabkan faktor2 lain yang lagi utama. Tapi apa yang penting kita ada target untuk dicapai walaupun jalan yang kita lalui itu bengkang bengkok, pusing U atau simpang empat, janji matlamat kena sampai.

Sebagai orang Islam, kita kena tau yang kita hanya ada ikhtiar sahaja, tak lebih dari tu. Kita punya perancangan dan perlaksanaan yang baik dan mantap, tetapi jika Allah tak mengkehendaki kita berjaya, kita kena redha la. Tapi at least kita ada target yang tinggi, macam kata omputeh la " Aim the star, if you fail you still get the cloud or the sky". Kalau tak dapat bintang, anda mungkin dapat benda yang bawah sikit dari bintang, mungkin bulan, langit etc. Yang paling utama, kena berusaha. Ye, berusaha bersungguh2 untuk matlamat kita itu.

Aku takde dream yang gempak2, cuma untuk berbakti kepada masyarakat melalui dua benda je: melalui research dan pendidikan. Sungguh,ini la yang aku fikirkan selalu. Melalui kerjaya sebagai lecturer, aku boleh buat research yang bermanfaat untuk orang lain especially dalam bidang green technology dan optimization. Melalui kerjaya ini jugak, aku dapat mendidik anak2 bangsa kita ni jadi orang berguna. Sounds like nerdy kind of things but those are my objective.

Sungguh ini la yang aku harapkan walaupun orang mungkin pandang lekeh kerja ni. Yang penting aku tau aku dah buat sebahagian kerja yang dikira Fardhu Kifayah kepada masyarakat. Bagaimana dengan matlamat duit? Aku manusia biasa yang akan sentiasa teringinkan kemewahan, kesenangan, sudah tentu aku menginginkan perkara ini. Duit itu sangat penting dalam hidup. Malah ada sebahagian dari kita bermati2an untuk mencari kesenangan duit.

Tapi itu bukan matlamat abadi. Duit hanya sebagai medium kesenangan dan bagi aku kesenangan yang abadi adalah self-satisfaction. Mungkin perlu bila aku dah berkeluarga, tapi masanya bukan sekarang. Now, value "duit" bagi aku adalah pengalaman, experience yang kita lalui dalam hidup kita. At least aku tau macam mana makna hidup susah, then kita akan rasa syukur teramat dengan kurniaan Tuhan yang ada sekarang ini.

Dan entry ini bukan aku nak condemn atau kutuk sapa2, sekadar untuk nasihat untuk diri aku dan orang lain. Macam yang aku cakap, aku manusia biasa je, memang tak lari dari kesilapan. Teguran dan pandangan hendaklah dibuat dengan cara berhikmah, barulah kebaikan dapat dinikmati semua. Dan aku mengharapkan teguran sebegini bukan momokan atau paksaan tanpa tujuan. People will respect on you when you respect on them. Ingat tu.

1 comment:

  1. moga cepat2 dapat workstation.... ko kne wat jadual keje ko zaki, and disipline ikut jadual tu no matter what. ko mesti tau kul bape ko ngntuk, x salah tido 30 min tgh hari, kan tu sunnah nabi, tp nt ko make up la balik

    ReplyDelete