Tuesday, August 30, 2011

Raya 2011

Salam,

Lama bai tak update blog ni..nampaknye aku x dpt la nk merealisasikan hasrat nak mengupdate blog yg da bersawang ni. Huhu..sorry sangat2 sbb tuntutan kerja yang menyebabkan aku x dpt update selalu..Walaubagaimana pun..aku akan try review what were happenings in the last 5 months:

1. Dapat buat trip gi Sarawak dgn dak2 ni..susah payah aku jadi project manager utk plan sume trip ni..Berbaloi la utk jadi project manager kat Exxon ke (poyo sikit statement ni tapi possible). Tapi alhamdullilah sume menjadi. Cumanye 1st event Adlil hampir nk tertinggal flight dan kedua, Azrul curi towel Hilton...haha..Memang la mengarut. Lepas kejayaan trip ni, aku terpikir nk pergi sumewhere else (maybe Singapore or Japan) tapi tak tahu la bila ada masa utk sume benda ni. Seriusly aku da x larat nk handle benda ni sorang2..bukan x suka keje handle project tp aku ada commitment yg lagi penting.

2. The sad part of my life. Hmm..atuk baru je meninggal awal bulan July hari tu. Memang tak expect langsung. Sedih tu memang sedih tapi aku dapat macam2 pengajaran dari hal ni. Pertama, mati itu pasti. Satu hari nanti aku akan mati juga..kiranya nisan kubur untuk nama kita tu da tersedia ada sebenarnye. Cuma bila, di mana dan bagaimana semuanye takde dalam pengetahuan aku yang kerdil ni. Benda ni buat aku terpikir apa matlamat hidup aku sebenarnye..duit, harta bertimbun2, kawan-kawan, anak pinak etc. Benda2 ni ke yang aku bawak ke mati? Aku tak dapat beri jawapan sekarang tetapi aku masih lagi mencari jawapannya..dan aku yakin kita semua wajib mencari jawapannya. Kedua, takdir kita Allah yang tentukan. Betapa hebatnya kita sekalipun, pandai macam mana sekalipun, kalau tiba masanye, kita akan pergi jua..jangan kita rasa takut perkara ini kerana inilah hakikat hidup. Kita ada di dunia tak akan selamanya. Kita berperanan mencapai "objektif" hidup itu dan tidaklah pula kita hidup sia2 dari hari pertama kita lahir sampai ke saat ini. Honestly, aku masih lagi mencari jawapan ini..Alhamdulillah, ada sesetengahnya aku da capai sekarang ini. Dari start kerjaya aku buat sekarang ini sampai la peranan aku sebagai manusia biasa..Waallahuaalam.

3. Ok, review ketiga pasal kerjaya aku. Erm..takrifan kerjaya ni camne ek? Aku masih lagi wat master di UTP dan dengan penuh bangga aku boleh cakap aku kerja sebagai researcher (walaupun takde pon title ni). Suka jugak la keje ni wpon money-wise tak banyak pon. I mean, aku suka part keje yang memerlukan idea kreatif untuk solve problem especially in engineering. So far aku da nampak bayang kejayaan master tu. Insyallah, aku akan try sehabis mungkin untuk tamatkan kerja2 kasar master ini sebelum April kalau nak grad tahun depan..Aku pon da malas nak cari keje tempat lain wpon dpt je offer company yang best2 (contohnye Technip offered aku as Graduate Engineer)..Buat la benda ni satu2 dulu, pastu apa yang jadi pasni kita tawakkal je la. Rezeki tu ada je sbnrnye cuma tinggal banyak atau sikit je. Tapi aku mula tanam minat dengan kerja research ini. It is a kind of work yang kita venture sendiri, no boundaries of achieving our goal, no set of rules that we need to follow. Kita nk wat buat macam mana sekalipun tak kisah tapi of course la berdasarkan proposed plan kita. Memang menarik la..haha. Lagi satu, idea kreatif dengan innovative kita dapat dijana sepenuhnya dan kita kena provekan apa yang kita proposed tu betul! That is the best part! Lagipun suka je mengajar anak murid aku ni. I like to give an inspiration to my students especially life in the campus. Aku nak buat yang terbaik dari segi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan buat benda ni seringkas dan semudah yang difahami oleh anak2 murid aku. So far aku da ajar EG dan PHT, insyallah next semester ajar Heat Integration plak.

4. Yang keempat, aku nak tamatkan master secepat yang boleh. Mungkin tak masuk akal especially dengan project scale aku sekarang ni tapi benda tu tak mustahil..Sekarang baru aku dapat rasakan feeling yang Din rumate aku rasa untuk tamatkan master ni sehabis baik. So roughly ada 8 bulan before GA scheme aku abis. So, aku nye rancangan untuk setelkan simulation work dengan analysis by late at the end of this year. Tinggal nak cari suitable correlation untuk tube side HEX then buat heat balance, then scale up untuk jadi full modelling. In the meant time, aku kena contact org MLNG dengan NTNU pasal project ni. Then kalau siap boleh setelkan before April 2012. Insyallah (optimis!).


Ok la. Tu je la bebelan saya ye. Bye2.

No comments:

Post a Comment