Sunday, December 27, 2009

Trip to Istanbul Part 2


Untuk entri kali ni, aku akan cerita roughly experience aku kat Turki@Turkiye. Untuk flight ke Istanbul, kitorg kena stop jap kat Dubai Aiport sebelum sambung direct ke Ataturk Airport, Istanbul. KL ke Dubai amek masa 7 jam, pastu dari Dubai ke Istanbul amek masa empat jam. In total ada la dalam 11-12 jam macam tu. Memang lama tapi yang bestnye kat semua flight Emirates, setiap seat(economic atau business class) memang ada tv untuk in-flight entertainment. Setiap seat akan diberi headphone, bantal kecik ngan selimut. Tapi semua benda tu takleh bawak kuar la nanti. Memang tak boring la sebab dapat tengok beratus2 movie, lagu, series, news etc and even boleh call/sms/email dari situ. That makes Emirates different from MAS tapi at one point, service MAS is much more better than Emirates. Ada ke pramugari/pramugara leh tengok je kita angkat beg berat2 masuk luggage compartment macam tu je? Aku rasa kalau kat MAS diorang dah lama tolong passenger diorg.

Sampai je kat Ataturk Airport, kitorg disambut oleh orang2 turki yang wat transportation service dari aiport ke hotel kitorang. Masa sampai tu, kat luar memang sejuk gak la sebab Istanbul baru nak masuk winter. Ktorg dah prepare baju tebal2, so takde problem la. Semasa perjalanan dari Airport ke hotel (Cordial House) dapat la tengok rumah2 orang Turki yang ala2 Europe ngan pokok2 winter diorg tu. Kesan kubu2 lama pon diorg preserve untuk attraction.

Overall, in my own opinion, Turki ni best untuk dilawati especially untuk Muslim travellers sebab negara diorg senang nak cari makanan halal plus nak cari tempat solat pon senang dengan suasana macam Europe. Lagipon, diorg still guna currency diorg sendiri (Turkish Lira) yang lagi murah compare ngan currency Euro. Cuma disadvantage nye diorg ni xde la faham English macam kat Malaysia. So, nak tak nak kena la tau sikit2 Turkish language.

Untuk pengetahuan korang semua, negara Turki ni takde la sesekular yang kita selalu sangkakan. Kita penah dengar yang kebebasan agama terhad disebabkan secularisme masa zaman2 Mustapha Kamal Ataturk. Azan pon diorang tukar jadi bahasa Turki, nak pakai tudung pon susah dan agama dipisahkan dari hal2 duniawi lain. Tapi once aku sampai je kat sini, aku nye perception tentang hal tu dah berubah. Sekarang aku rasa Turki lebih kurang macam Malaysia je la. Dah ramai perempuan yang pakai tudung and in fact dah ramai orang Turki yang berpegang kepada agama Islam. Masjid kat sini pon banyak (even lagi banyak dari Malaysia rasanye). Tak sampai satu kilometer je dah ada tiga empat masjid. Kalau masuk waktu solat je memang dengar la azan kat setiap ceruk. Memang tak boleh cakap tak tahu masuk waktu solat sebab memang akan dengar. Memang dah banyak berubah. Cuma bergantung kepada individu untuk jadi Muslim yang taat ke tidak. Terpulanglah.

Disebabkan masa ktorg datang tu dah dekat2 dgn winter, so malam diorg sangatlah lama (lebih dari 12 jam). Kalau kat Malaysia waktu zohor masuk kul 1 suku, kat sana kul 11 lebih dah masuk, Asar kul 3 lebih dan Magrib pon kul 5 lebih! Memang pelik sikit la rasanye sebab tak sama waktu. Malam pulak memang lama. Selalunye ktorg balik hotel pon paling lama sampai kul 9 malam sebab kat sini, kul 7 je kedai dah banyak tutup.

Seminggu kat Istanbul memang rasa sekejap je sebab aktiviti waktu siang je yang dapat buat. Dalam post akan datang aku akan cerita berkenaan dengan tempat2 yang dilawati sepanjang di Istanbul.

1 comment:

  1. moorre pictursz...pleasszza.. sikit sangat la zaki gambarnye..

    ReplyDelete