Tuesday, December 28, 2010

A Long Way To Go

Salam semua,

Suasana sekarang ni agak sunyi di UTP. Budak2 UTP ramai yang tak balik lagi. Aku sebenarnye agak banyak kerja (banyak ke?) especially aktiviti membaca. Sekarang ni aku kena cari info yg boleh tahan byk la utk Spiral Wound Heat Exchanger (SWHE) dan principle of heat transfer dalam SWHE ni. Dalam bahasa mudahnye, aku kena cari seberapa banyak information yang berterabur di dunia maya, buku dan dari sumber2 yang sepatutnye. Hmm..tak susah sebenarnye cuma kena cari dan terus mencari information sources yang sesuai lagi tepat yang boleh tolong aku untuk kerja ni.

Kerja master ni cabaran besarnye ialah: takde sapa2 yang akan push kita untuk wat kerja. No such thing macam progress report atau buat poster ke (walaupun sepatutnye kena ada jugak la). So driving force die takde la sangat. Cuma kena buat2 bz la ngan kerja ni. Agak la susah especially kalau workstation aku adalah dalam bilik aku sendiri. Tenghari je mesti nk sambung tido. Mungkin aku kena request untuk dpt proper workstation kat PG office so that aku lebih concentrate ngan keje aku. Progress work utk master aku sekarang ni baru je nk bermula, tak boleh nak predict apa yang akan jadi untuk 6 bulan dari sekarang. Yang pasti, untuk first and second months ni, aku kena pulun giler2 untuk cari information pasal SWHE, modelling guna HYSYS dan MATLAB dan heat transfer principles. Pastu, untuk 3rd dan 4th months, aku akan start buat modelling guna computer dan untuk 5th dan 6th months, aku dah kena mula analysis dan paper writing. Huhu..banyak jugak keje nak kena wat tapi masih lagi slow.

Itu la bezanya antara master dan degree program. Degree program aku rasa agak senang sebabnye coursework kita masih lagi bergantung kepada result examination. Maksudnye, kalau ko lepas dgn cemerlang untuk final exam, maka ko dah kira mantap dalam degree yg ko amek. Dan realitinye, kebanyakan soalan final exam pon masih lagi diambil dari soalan2 tutorial which is benda yang ko dah expect kot. Kurang la cabaranye kat situ kecuali utp ni wat soalan yang memang susah tahap gaban untuk student. Tapi the bottom line is, tu bergantung kepada pandangan setiap individu terhadap education ni.

Bagi aku, selama aku dah habis tahun di UTP, aku mula appreciate knowledge yang aku belajar bukan hanya semata2 utk final exam sahaja. Ilmu engineering ni aku rasakan sangat unik dan kalau orang dapat appreciate benda ni bukan hanya stakat untuk final exam, diorang akan tahu peranan diorang sebagai engineer ni lebih kurang macam medical doctor, berkhidmat untuk masyarakat. Itu la target aku untuk kerjaya engineering ni. Duit tu mungkin satu hal la, tapi sumbangan kita kepada masyarakat. Sejauh mana kita gunakan ilmu ni untuk berbakti kepada masyarakat, itu la persoalannya. Dan aku selalu berdoa semoga Allah bagi aku kekuatan untuk aku terus bertahan dengan pilihan aku ini walaupun pelbagai dugaan dan tarikan yang lebih menarik.

Dan itulah sebabnye jugak aku berada di UTP lagi ni. Insyallah, selepas aku habis master ini, aku akan plan untuk berkerja sebagai lecturer. Tapi sebelum tu, kalau boleh aku nak mintak kerja yang sesuai so that aku ada industrial experience before jadi lecturer. Mungkin untuk setahun dua. Tapi itu semua perancang kita. Sebaik2 perancangan, perancangan Allah la yang paling terbaik. Aku berharap inilah yang terbaik untuk diriku, insyallah.

Cukup la tu ye. Next time aku sambung lagi. Insyallah.

2 comments:

  1. selamat berjaya zaki. kalo kat luar negara, degree yang kta amik kat 'universiti' ni dipanggil college je.. kalo 'universiti' diorang tu sbnarnya utk mcm level 'master' kat sini la... aku ase ko mmg sesuai jd lecturer la zaki.. nk jadi lecturer kne sabar ngn education, kalo stakat degree je sape nk amik jadi lecturer... nt da abis master, ko sambung ar phd lak ... oversea ke...

    ReplyDelete
  2. Tq din. Tgk la camne. Tp plan aku nk keje jugak pas abis master dan sblm aku jd lecturer. Hopefully aku dpt la keje yg sesuai ngan target aku.

    ReplyDelete